hafyz1984
Active+ Member
- Messages
- 4,790
- Joined
- May 26, 2011
- Messages
- 4,790
- Reaction score
- 696
- Points
- 76
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Meh baca artikel kat bawah nie tentang Sedekah...
Artikel nie diambil dari sini, http://rumaysho.com/amalan/sedekah-saat-susah-5740
Ada yang hanya sedikit dalam bersedekah, namun pahalanya berlipat. Bahkan ada yang pahalanya berlipat ketika susah namun masih bersedekah. Ada yang bersedekah dengan 1 dirham tapi mengalahkan sedekah dengan 100 ribu dirham.
Sedekah Saat Susah
Dari Abu Hurairah dan 'Abdullah bin Hubsyi Al Khots'ami, bahawa Nabi SAW pernah ditanya sedekah mana yang paling afdhal. Jawab Baginda,
"Sedekah dari orang yang serba kekurangan". (HR An Nasai no. 2526. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa Hadis ini sahih). Hadis di atas ada beberapa tafsiran. Ada ulama yang mengatakan maksudnya adalah keutamaan sedekah saat susah. Ada yang mengatakan bahawa sedekah tersebut dilakukan dalam keadaan hati yang sentiasa "ghina" iaitu penuh kecukupan. Ada juga yang mengatakan maksudnya adalah bersedekah dalam keadaan miskin dan sabar dengan kelaparan. (Lihat 'Aunul Ma'bud 4:227).
Dalam Hadis disebutkan,
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, "1 dirham dapat mengungguli 100 ribu dirham". Lalu ada yang bertanya, "Bagaimana itu bisa terjadi wahai Rasulullah?" Baginda menjelaskan, "Ada seorang yang memiliki 2 dirham lalu mengambil 1 dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari kontongnya 100 ribu dirham utnuk disedekahkan". (HR An Nasai no. 2527 dan Imam Ahmad 2:379. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa Hadis ini Hasan).
Sedekah yang paling afdhal adalah sedekah ketika orang penuh kekurangan, itulah yang dapat difahami dari Hadis di atas.
Padahal Hadis yang berbunyi, "Sebaik-baik sedekah adalah dari orang yang banyak harta". (HR Bukhari no. 1426 dan Muslim no. 1034).
Penulis 'Aunul Ma'bud mengatakan bahawa yang dimaksudkan Hadis di atas adalah sebaik-baik sedekah dilihat dari keadaan setiap orang, kuatnya ia bertawakal dan lemahnya keyakinan. Ada pula yang dimaksudkan dengan sedekah dari orang yang hatinya sentiasa merasa cukup. Ditafsirkan demikian supaya tidak bertentangan dengan Hadis sebelumnya.
Jadi intinya, sedekah itu dilihat dari keluasan rezeki setelah mengeluarkan nafkah yang wajib pada keluarga. Allah SWT berfirman,
"Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah, "Yang lebih dari keperluan". (QS. Al-Baqarah: 219).
Video:-
Siri Hadis 6: Keutamaan Bersedekah
http://youtu.be/Bz2ku9gY2-U

Last edited: