Aku dah siasat dgn Pak Sedara aku kat BNM. So far tak ada masalah sebab.
1. Produk diluluskan oleh bank negara.
2. Dia tak mengambil deposit dari orang ramai. So tak perlu lesen dari BNM.
3. Perkongsian Komisen tu pun tak ada masalah pasal komisen tu duit hak syarikat yang dibayar sebab dia jual insuran. So soal dia nak bagi kat sapa BNM tak ada hak nak halang selagi tak melanggar undang2 negara.
4. Program ni lebih kepada marketing strategi, ejen kejar volume dan bukan kejar komisen yang tinggi. Contohnya, sepatutnya ejen dapat komisen rm 100 tapi dia decide nak return komisen pada client rm 70 dan dia ambik rm 30 dengan harapan agar client akan tolong promote dan dia dapat client lagi. Tak jadi satu kesalahan apa-apa pun dari sudut perundangan. Jadi bila client banyak komisen pun banyak la.
Macam jual barang kat kedai la jugak. Tu sebabnya ada sale 70%, 50%. Harga murah, sale banyak jadi popit pun banyak.
Kalau ejen insuran peribadi pun nak kasi balik komisen 25% yg diorang dapat bulan2 hasil jualan polisi tu pun tak ada masalah
sebab itu duit sendiri. Pasal apa pulak bank nak halang kalau kita nak kasi duit tu kat sesapa pun.
Jadi sesapa yang masih rasa skeptical tu sila la berhubung dengan BNM terus ye. Jangan dok buat dosa kat sini syak wasangka dan ajak orang lain pun syak wasangka dan tuduh menda bukan2.


