BTC USD 80,864.6 Gold USD 4,382.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Secara ringkas cara solat jenazah

aku ingt bacaan nie masa nak buat umrah dulu..kt sana setiap pas solat ada solat jenazah..dari situ baru diamalkan.

nak tambah sikit fadhilat solat jenazah ini.
yang saya tahu la..kalau ada rakan-rakan cg nak tambah atau nak perbetulkan dialukan..
1) Pahala solat jenazah ini seperti bukit uhud.
 
kat mekah memang selalu ada solat jenazah, kadang2 memang tak tahu mayat lelaki ke atau mayat perempuan yg disolatkan jadi doa selepas takbir ketiga dibaca begini:

++ Allahu maghfirlaHUM warhamHUM

kalau salah tolong betulkan...
 

. .
 
Apakah yang akan kita katakan agaknya bila jenazah kita dipikul?

Abu Sa’id al-Khudri r.a. mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا وُضِعَتِ الجِنَازَةُ، وَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ،
"Apabila jenazah diletakkan, dan kaum lelaki mengusungnya di atas bahu mereka,

فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً، قَالَتْ: قَدِّمُونِي،
jika jenazah itu seorang yang soleh, ia akan berkata: “Segerakan aku (ke tempat peristirahatanku).”

وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ، قَالَتْ: يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا؟
Tetapi jika dia bukan seorang yang soleh, dia akan berkata: “Celakanya, ke mana mereka mahu pergi bersamanya?”

يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الإِنْسَانَ، وَلَوْ سَمِعَهُ صَعِقَ "
Semua makhluk kecuali manusia mendengar suara jenazah ini, dan sekiranya manusia mendengarnya, nescaya mereka akan pengsan."
[Sahih al-Bukhari].

Mohd Masri Mohd Ramli
 
solat jenazah

 
Back
Top
Log in Register