BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebak terima ijazah isteri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal0

MOHD RADZI menunjukkan ijazah diterima kepada lima anaknya pada Majlis Konvokesyen UPM kali ke-35, semalam.

SERDANG: Seorang suami, Mohd Radzi Zaighu, 45, tidak dapat menahan sebak sebaik menerima ijazah bagi pihak isterinya yang meninggal dunia akibat penyakit leukimia Mac lalu, pada majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-35 di sini, semalam.
Mohd Radzi hadir bersama lima anaknya bagi mewakili Allahyarham Wan Haniza Wan Ayub, 45, penerima Ijazah Sastera (Bahasa Melayu Lingustik) yang disampaikan Pro-Canselor UPM, Tan Sri Rozali Ismail dalam satu majlis ringkas sempena majlis konvokesyen universiti itu.
Mohd Radzi berkata, dia bangga terhadap isterinya yang juga seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan menyifatkan penat lelah arwah isterinya itu menjadi pendorong semangat kepada anak mereka yang sedang membesar.

“Arwah seorang yang kuat belajar dan bekerja. Dalam hidupnya, tidak pernah kenal erti kekalahan, penat atau putus asa, malah sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk anak-anak serta anak didiknya di sekolah.

“Saya kagum dengan cara arwah membahagikan masa mengulang kaji, menjalankan tugas sebagai pendidik dan ibu, malah beliau begitu bersungguh-sungguh mengikuti Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di UPM walaupun terpaksa berkorban masa sepanjang empat tahun di sini,” katanya.

Menceritakan detik pemergian Allahyarham Wan Haniza, Mohd Radzi berkata, dia tidak menyangka sakit kepala, batuk dan deman yang sering dialami arwah adalah petanda beliau menghidap penyakit leukimia dan disahkan doktor penyakitnya itu pada peringkat empat pada Disember tahun lalu.
Katanya, arwah isterinya yang menghabiskan pengajian pada Julai 2010, sempat menjalankan rawatan kimoterapi dua kali sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.30 petang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang di sisinya dan anak kedua.

“Arwah kerap berpesan kepada anak untuk terus berjuang dalam apa juga dilakukan dan paling penting ialah akademik.

Hari ini (semalam), beliau membuktikan dengan penerimaan ijazah ini hasil pengorbanan dilakukan untuk anak-anak dan juga anak didiknya. Saya yakin, anak-anak juga bangga dengan kejayaan diperoleh ibu mereka,” katanya yang bekerja sebagai pegawai pemasaran.

Seramai 7,327 graduan pelbagai jurusan dan kelulusan menerima ijazah disampaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merangkap Canselor UPM, pada hari pertama dan kedua, diikuti Tan Sri Rozali Ismail pada hari ketiga di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian universiti itu.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sebakterimaijazahisteri/Article
 
Mmg sebak dan pilu....alfatihah utk arwah dan salam takziah utk keluarga. Semoga tabah dan diberi kekuatan utk meneruskan kehidupan ini
 
Back
Top
Log in Register