eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR – Suasana sebak dan pilu menyelubungi pekarangan lobi Kedutaan Indonesia di sini semalam apabila pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hajar, 33, yang didera majikannya dipertemukan dengan kakaknya, Nani Suriani, 40-an, selepas hampir tiga tahun mereka tidak berjumpa.
Siti Hajar yang berasal dari Garut, Jawa Barat mendakap erat Nani hampir 10 minit sambil menitiskan air mata kegembiraan setelah kakaknya itu tiba di ibu negara semalam dengan bantuan pihak Kedutaan Indonesia.
“Saya sangat gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana selepas tiga tahun berpisah akhirnya saya dapat berjumpa kembali dengan kakak saya,’’ kata Siti Hajar pada sidang akhbar yang turut dihadiri Duta Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, wakil media tempatan dan Indonesia.
Pada pertemuan penuh emosi yang berlangsung di pejabat Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak itu, Nani tidak putus-putus memeluk dan mencium Siti Hajar yang baru dibenarkan keluar dari hospital.
Siti Hajar dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak lima hari lalu selepas mengalami pelbagai kecederaan selepas dipukul dan disimbah air panas oleh majikannya.