BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Scomi Energy catat untung RM31.4 juta

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg



SCOMI Energy Services Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM31.4 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2014.

Ia meraih pendapatan berjumlah RM391.8 juta bagi suku berkenaan, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada 31 Julai, 2013 Scomi Energy mengubah tarikh akhir tahun kewangannya daripada 31 Disember kepada 31 Mac.

Justeru itu, penyata kewangan kumpulan dan syarikat bagi tempoh berkenaan tidak dapat dibandingkan.

Syarikat itu berkata prestasinya pada umumnya didorong oleh prestasi teguh bahagian perkhidmatan medan minyaknya manakala bahagian perkhidmatan marinnya mencatatkan peningkatan pendapatan, ekoran bermulanya kontrak baharu bagi pengangkutan arang batu pukal dalam suku berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shah Hakim Zain, berkata penyumbang terbesar kepada pertumbuhan pendapatan kasar kumpulan itu bagi suku ketiga ini ialah Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Afrika Barat. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register