BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Scha Lahirkan Bayi Perempuan

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Scha.png

Pelakon Scha Al-Yahya selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 5.50 petang pada Selasa di Hospital Prince Court Kuala Lumpur.

Berita gembira tersebut disahkan oleh suaminya, pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menerusi laman Instagramnya pada Rabu dengan memaklumkan keadaan isteri dan anak mereka dalam keadaan baik.

Menurut Awal, bayi seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal namun mereka masih belum mengumumkan nama yang bakal diberikan kepada cahaya mata pertama itu.

Bagaimanapun Awal sempat berkongsi sekeping gambar di Instagram yang memperlihatkan jari anaknya untuk tatapan para peminat yang sentiasa mendoakan mereka berdua.

Awal yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon untuk bercerita lebih lanjut mengenai kelahiran berkenaan.

Scha dan Awal berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

http://www.cari.gold/2014/07/scha-lahirkan-bayi-perempuan.html
 
tahniah scha dan awal pagi
 
kuku dah pjg..overdue kot..
tahniah scha
 
prince court tempat mahal ni..rm10k x lari charge bersalin
 
Back
Top
Log in Register