BTC USD 86,479.7 Gold USD 4,319.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Drama SCAMMER 2 (2022) (ASTO RIA) (ASTRO GO)

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1650243468820.png

Berbanding musim pertama, untuk musim kedua ini pastinya jalan cerita akan lebih mendebarkan dengan modus operandi disaluti dengan emosi bagi setiap penceritaan

Drama dengan 24 episod sekali lagi diterbitkan oleh syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Norhanisham "Labu" Muhamad hasil idea daripada Sham Hashim beserta nukilan skrip oleh Sham Hashim, Amin Shakib Shida Zali, Che Li, Maizura Ederis dan Thaaqhib.

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama Scammer 2 kali ini ialah Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah, Azwan Ali, Iman Corinne Adrienne, Razzuan Rosli, Sharifah Sofia, Gobbinath Batumalai, Ainina Ahmad, Adam Darwisyh, Mathani Razak dan ramai lagi.

Penceritaan bermula dengan Taqriz (Beto Kusyairy) yang mahu menuntut bela atas kematian ayahnya iaitu Cikgu Shah dimana dia telah menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka.

Dalam kejadian tersebut arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim) iaitu kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa.

Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) iaitu seorang pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), seorang peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam.


Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya (Farah Nabila) iaitu seorang bekas scammer yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baru syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah tersebut.

Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya.

Daripada siasatan tersebut, satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar sebenarnya ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, ini termasuklah orang yang dekat dengan dirinya. Siapa agaknya 'Scammer' tersebut?


1650243486175.png



TAYANGAN PERDANA


 
sapa dah tengeok SCAMMER 1?
lakonan Kamal Adli , Fasgha Sandha, Siti Saleha
 
Back
Top
Log in Register