RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
JACK YUSOF mengisahkan tentang seorang pelakon filem terkenal yang kini sudah berusia 50-an.
Macam biasa, hidup bintang filem penuh glamour, ditaburi kekayaan dan ramai wanita yang mengejarnya. Walaupun dah berusia, Jack Yusof masih kelihatan awet muda kerana dia adalah pengguna setia rawatan Botox
Nak dijadikan cerita, Jack Yusof ni hanyut dalam dunia glamour sampai dia abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah.
Berpuluh tahun berlalu dan anak perempuan dia cari Jack Yusof untuk dijadikan wali dalam urusan akad nikah nanti. Walau berat hati, Jack Yusof ikut juga lah kehendak anaknya, dah memang dia wali kan.
Dalam diam dia terbuka hati untuk menerima anak dan keluarganya, so dia beli la rumah sebijik sebelah rumah anak dia untuk mendekati anak dia yang lama dah dia tinggal ni. Dalam masa yang sama, keputusan drastik Jack Yusof ni menimbulkan rasa tak senang hati bekas isterinya dan suami sekarang.
Jadi bermulalah komedi kekeluargaan dan pelbagai konflik yang perlu ditangani oleh Jack Yusof.
Siri astro Original ini membawa tema yang sangat dekat dengan masyarakat. Isu wali dan hubungan antara anak dan ibu bapa menjadi tema utama.
Nampaknya selepas 10 tahun menyepikan diri dari dunia lakonan, kini Datuk Rosyam Nor muncul dengan cerita komedi untuk mengubati rindu para peminat setia!!
Selain Datuk Rosyam Noor, beberapa nama besar turut membintangi JACK YUSOF antaranya adalah seperti Raja Ema, Rashidi Ishak, Sharifah Husna, Adriana Adnan dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan episod pertama JACK YUSOF di Astro Go pada Sabtu ini (17 Jun 2023) dan di Astro Ria bermula pada hari Isnin (26 Jun 2023