BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya tertekan, kata Eina Azman

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
08:49
image.jpg



EKORAN dikecam hebat oleh pelbagai pihak berhubung kenyataannya beberapa jam lalu dengan mengatakan ibu kepada pelakon, Afiq Muiz sebagai 'kurang siuman', pelakon, Eina Azman mengakui kenyataan tersebut dibuat dalam keadaan tertekan.

Kini, pelakon drama Mimpi Cinderella ini memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengeruhkan keadaan.

“Eina tak nak lagi buat benda yang kurang bijak dengan mengeluarkan kenyataan yang mengeruhkan keadaan. Peguam pun dah cakap, jangan keluarkan apa-apa kenyataan yang boleh makan diri.

“Selepas keluar kenyataan itu, ramai sangat orang kecam Eina...hukum Eina. Jadi, sekarang, Eina nak guna undang-undang, biar undang-undang lah yang menilai, kami ini betul ataupun salah,” katanya .

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai hasratnya untuk menyaman ibu Afiq, Hasliza Mohamad, Eina menegaskan bahawa perkara saman menyaman akan diteruskan oleh keluarganya ekoran kenyataan Hasliza itu melibatkan maruah keluarga.

“Keluarga Eina yang nak saman, bukan Eina.

“Eina dikecam pelbagai pihak kerana hendak menyaman orang tua. Ini bukan soal orang tua ke bukan orang tua, ini melibatkan maruah. Dia tuduh Eina tanpa bukti pun,” katanya yang akui tertekan sejak minggu lalu.

Ekoran kenyataan pelakon berusia 18 tahun itu yang berbunyi ‘mak Afiq kurang siuman kot’ telah menimbulkan rasa kurang senang kepada pembaca dan turut mendapat kecaman di laman sosial termasuk Twitter.

Dalam pada itu, Eina juga sempat menjelaskan, “apa yang Eina cakap petang tadi sekadar meluahkan...bukan untuk disiarkan.

“Eina lupa nak cakap ‘off record’,” katanya.

Sementara itu, Afiq Muiz pula mengemas kini laman mikro sosial Twitter miliknya dengan menulis lebih rela mati dari disumpah ibunya sendiri.

“Saya rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri. Terima kasih kerana menjatuhkan anak kandung sendiri dan memfitnah dan menghina hamba Allah,” tulisnya pada jam 3.11 petang tadi.
 
2-3 hari ni asik bace berita psl dorg ni je,kuat betol eina mencapab
 
Orang muda,darah tengah menggelegak,belum cukup garam lagi tuh.
Kesian bila melibatkan bangsa sendiri,yang pastinya memalitkan Islam itu sekali.
 
byk sgt lak cerita sal die ni...smpai aku pn nk mnyampah dh tgk muke minah ni..kalau selain dr muke die mybe aku nk tgk..kueng kueng!!hehe
 
mana budak afiq ni tinggal? nak pi lempang lelaju. ilang akal apa dia ni? mcm la idup ko stress sgt. org len lagiiiiiiiiii byk masalah, xde pun nak burukkan mak sndiri. gile!
 
agak2 dia nih dara lagi ker??
cer try wat ujian dara
kalau dara kau boleh exxx lebih
kalau lobos pigidah
 
Boh penampaq ja dua2 0rg ni
 
Back
Top
Log in Register