BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya sokong AES

Saya sokong

  • Total voters
    0
saya sokong aes dijadikan mudah alih....minggu nie duk jalan nie minggu dpn duk jalan lain pulak.....supaya pemandu sentiasa mengikut peraturan jalan raya...dan menambahlah lagi hasil saman.............yeah....kalau aes duk situ shj...nanti org dah tahu..bwk kete pun macam siput.....
 
Kalau kat tmpt yg sepatutnya letak benda ni mmg sokong, kalau tmpt yg tak tau hujung pangkal tiba2 ada benda mmg tak sokong. Tp rsnya2 lbh ditrima rakyat kalau jpj/polis trafik yg buat. Ni bg kat kroni jgk.
 
aku optimis
6 juta pemandu bukan nak reward semua orang
buat cabutan bulanan/mingguan

asik hukum pesalah saja
yang baik2 ni nak jugak dapat habuan
at least ada motivasi nak drive elok2

kalau aku bawak 60km/h utk dapat hadiah kira cam judi la pulak :D

kalau tak dapat bulan ni bulan depan aku tayang kereta aku kat aes 60 kali sehari...habis minyak takper janji dapat kereta sebijik :eek:
 
kalau nak AES juga..biar la samarata..tak kira pangkat..ko ahli politik ke menteri ke sultan ker kalu kena totap kono bayar...
 
Sekadar cadangan.

Ni projek Fun Theory anjuran Volkswagen. Loteri had laju pemandu berhemah yang dibina di Stockholm, Sweden.

Setiap pemandu yang memandu mengikut had laju akan dirakam no plate pendaftaran kenderaan mereka. Dan setiap bulan akan diadakan cabutan loteri untuk memberi ganjaran dan motivasi kepada pemandu-pemandu berhemah.

AES ada dua jenis

1. AES = Automatic Enforcement System untuk mendenda kesalahan si penjenayah jalanraya.
2. AES = Automatic Enforcement System untuk memberi ganjaran pemandu berhemah :)

Satu lagi AES tu adalah memberi ganjaran kepada pemandu berhemah, macam kita ni.
Contoh jumlah saman satu bulan = RM 10 juta

RM 10 juta tu kita buleh sediakan hadiah kepada beratus/ribu pemandua yang berhemah lain.
Sama ada bagi hadiah wang tunai, kereta, henpon, tablet, rim suka etc

Dah kata AES untuk mendidik, np bias kat pesalah saja? kita yang berhemah ni patut dapat ganjaran gak :D
baru bermotivasi nak melayan karenah driver2 lain yg macam setan tu hari2

at least kalau tak menang pun, ramai akan dapat benefit & dididik untuk berhemah di jalanraya

terbaik punya cadangan..:)

kawan pun setuju aes ni..kalau aes pun nak bangkang..baik xyah wat undang-undang jalan raya dan speed limit tu..

wat pun..orang langgar peraturan tu xleh saman..macam xder..
 
Kalau kat tmpt yg sepatutnya letak benda ni mmg sokong, kalau tmpt yg tak tau hujung pangkal tiba2 ada benda mmg tak sokong. Tp rsnya2 lbh ditrima rakyat kalau jpj/polis trafik yg buat. Ni bg kat kroni jgk.

kalau polis/jpj yang buat..kerajaan nak kena keluar banyak modal untuk beli camera tu..

bila company swasta buat..kerajaan xyah keluar duit..tapi leh dapat income..nanti company tu dah dapat untung yang setimpal..camera tu jadi milik kerajaan juga..
 
tak pasti sama ada aku kena tangkap gambar dengan aes ni...kejadian di lebuhraya kl-seremban (plus) sebelum exit kajang...first time turun KL selepas pemasangan AES...ambik dah kena...rasanya macam bawak dah lebih 90..tapi lebih sikitlah..tk sampai 95 kot...rasa-rasa kena ke tidak?...harap2 jpj ada belas kesihanlah pada org yg bawak lebih sikit ni...lagipun plat pun johor kan...sekali sekala masuk kl
 
takde bro.. bayar aje.. mana ada belas kasihan dah la ni.. mesin buat kerja manusia.
 
aku sokong TT...idea ni tag le kat FB pak najib..mungkin dia boleh pertimbangkan
 
Back
Top
Log in Register