BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya sanggup baring atas jalan'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Penduduk Kampung Sungai Kembong Hilir membantah tapak pelupusan sampah di kampung mereka dibuka kembali untuk pembuangan sisa domestik.
< 1 / 1 >
BANGI – “Saya sanggup baring atas jalan supaya lori sampah tak masuk kampung kami,” demikian tegas penduduk, Sobry Shafie, 46, yang mendakwa akan merealisasikan tindakan berkenaan jika pemandu lori sampah masih berdegil dan memasuki kampung mereka.

Katanya, penduduk berdepan kesengsaraan hampir 10 tahun apabila tanah seluas 2.2 hektar di Kampung Sungai Kembong Hilir sebelum ini digunakan sebagai tapak pelupusan sampah terbuka sejak tahun 1998.

Pelbagai masalah termasuk jerebu, pencemaran air dan bau ditanggung setiap hari sehinggalah tapak itu ditutup menerusi projek pemuliharaan dan penutupan secara selamat oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan kerajaan negeri beberapa tahun lalu.

Menurut Sobry, bagaimanapun, penduduk terkejut apabila mendapati lebih 30 lori sampah kembali membuang sisa buangan domestik di tapak itu dan dikatakan mendapat kebenaran PBT sejak Jumaat dua minggu lepas.

“Memang tak sanggup dah hadapi benda sama sejak 10 tahun dulu. Saya ada anak OKU di rumah, bila ada sampah di tapak itu, rumah kami ‘diserang’ lalat. Kesian kat anak sebab dia tak dapat nak halang lalat yang hinggap di muka dan badan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Samsul Taharini, 39, berkata, dia terkejut apabila PBT membenarkan perkara itu berlaku sedangkan tiada perbincangan daripada penduduk yang diperoleh.

Katanya, jarak rumah penduduk dengan tapak itu terlalu hampir iaitu kurang 300 meter.

Meskipun difahamkan tapak berkenaan hanya digunakan secara sementara selama dua bulan, namun dianggarkan 500 tan sampah sehari dibuang ke situ.

Sinar Harian juga difahamkan, penduduk akan berkawal di pintu masuk ke tapak berkenaan selama 24 jam bagi menghalang kemasukan lori sampah.
 
orang lain yg berak orang lain yg bau busuk...:D
 
baring atas jalan buat ape.. amek sampah tu pi la longgok kat depan pejabat pbt tu.. tengok depa bole tahan ke tak..:)paid
 
Kena amik tindakan cepat. Tempat sampah kat umah saya dah penuh, siap ada ular lg. Hari tu Kg Pasir tak bg buang.
 
baring atas jalan buat ape.. amek sampah tu pi la longgok kat depan pejabat pbt tu.. tengok depa bole tahan ke tak.

elok buat cam tu biar dia orang rasa cam na hidup dikelilingi bau sampah dan lalat yang busuk tu.
 
baring atas jalan buat ape.. amek sampah tu pi la longgok kat depan pejabat pbt tu.. tengok depa bole tahan ke tak..:)paid

Lps tue.kene saman buang sampah merata rata......ape pun tak dapek...
 
Back
Top
Log in Register