BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya reda apa yang berlaku'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Gambar yang tersebar di Facebook.
< 1 / 1 >
PETALING JAYA - Bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, berkata beliau reda dengan kematian anaknya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya," katanya ketika ditemui di Ruang Menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Jenazah Nurul Emielda Nadia telah dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada pukul 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam.

Suasana pilu menyelubungi kawasan unit Forensik di hospital itu apabila ia dipenuhi dengan saudara mara dan rakan-rakan Sallehuddin.

Dalam kejadian semalam, Nurul Emielda Nadia maut setelah parah akibat terjatuh dari tingkat tiga di pusat membeli-belah berkenaan.

Polis mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut. - Bernama
 
Innalillah.....takziah kpd keluarganya
 
mak bapak cuai...ape pun takziah

mak bapak dia pon manusia bro..kita sma2 lemah..

suka ker xsuka ker,nk ke xnk ke, mati itu pasti wlupon dlm keadaan dduk/bring/tdo..dh smpi masa allah nkkn haknya..kita ni smua pnjaman jer..
 
Pelik camner boleh jatuh.. Sedang pengadang tu tinggi..
 
pusat beli belah yg mana nih?
 
Back
Top
Log in Register