balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
RANTAU PANJANG - “Tiap kali mahu tidur, saya pasti bermimpi api membakar kedai,” kata seorang peniaga, yang juga mangsa kebakaran di Bazar Mimi Zon Bebas Cukai, di sini, semalam.
Meskipun kebakaran yang memusnahkan 60 unit kedai berlaku empat hari lalu namun, peniaga, Hasnah Mamat, 54, berkata, bahang api yang membakar keseluruhan kedainya, masih terasa hingga ke hari ini.
Menurutnya, keadaan api yang marak dan asap yang tebal memberi pengalaman ngeri buatnya sepanjang 20 tahun berniaga di Bazar Mimi.
“Ketika kejadian, saya nekad masuk ke kedai untuk mengambil beberapa guni stok jersi yang baru sahaja ditempah namun dihalang oleh orang ramai.
“Api terlalu cepat marak menyebabkan bahagian depan bazar terbakar dalam masa beberapa minit,” katanya, selepas meninjau kerosakan di kedainya, semalam.
Hasnah, yang lebih dikenali sebagai Kak Nah Jo berkata, disebabkan kebakaran itu, dia mengalami kerugian lebih RM300,000, termasuklah stok jersi yang baharu sampai, bernilai RM25,000.
Sebelum ini katanya, dia berusaha untuk membeli insurans namun semuanya gagal kerana kedudukan kedai tidak menepati spesifikasi pembinaan selamat.
“Semua rakan peniaga di sini juga mengalami nasib yang sama, mengalami kerugian ratusan ribu ringgit malah tidak dilindungi insurans.
“Sepanjang berniaga di sini, saya dah dapat agak, pasti berlaku sebarang kejadian tidak diingini, namun saya terus berdoa sekiranya berlaku kemalangan, ia tidak membahayakan pekerja dan ahli keluarga saya,” katanya.
Isnin lalu, Zon Bebas Cukai yang sinonim dengan syurga membeli belah dalam kalangan pelancong, hangus dalam kebakaran.
Dalam kejadian 11.25 malam itu, menyebabkan 60 unit kedai di Blok B Zon Bebas Cukai dan sebahagian Bazar Mimi hangus sama sekali.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/saya-pasti-mimpi-api-bakar-kedai-1.238937