BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya nak kenal adik'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Siti Esah mahu bertemu dengan adik kandungnya yang terpisah sejak kecil.
< 1 / 1 >
TUMPAT - Seorang wanita meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki adiknya, berlainan ibu yang terpisah sejak kecil.

Siti Esah Abdul Rahman, 70, berkata, adiknya itu dikenali dengan nama Man, hasil perkahwinan ayahnya, Abdul Rahman Taib dengan seorang wanita dari Raub, dikenali sebagai Upik.

“Bagaimanapun, saya sukar menjejaki mereka kerana ayah telah meninggal dunia dan alamat terakhir mereka adalah di Kampung Durian Sebatang, Raub.

“Tetapi hasil maklumat daripada saudara mengatakan adik saya telah berpindah ke Felda Purah 2, tetapi untuk menjejakinya amat sukar bagi saya.

“Lagi pun saya tidak pernah melihat wajahnya mahu pun mengenali nama sebenarnya. Saya juga tidak pernah berjumpa dengannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Telaga Bata.

Menurutnya, dia terpisah dengan ayahnya sejak kecil lagi apabila ibunya, Yah Hussin bercerai dengan ayah kandungnya itu.

“Selepas bercerai, ayah ada datang dua kali ke rumah kami di Kampung Telaga Bata ini., itu pun ketika saya masih kecil,” katanya.

Menurutnya, dia sukar untuk mencari adiknya itu kerana perlu menjaga suaminya yang diserang strok.

“Saya berharap sangat dapat berjumpa dengan adik saya itu sebelum saya meninggal dunia.

“Pertemuan ini bermakna dalam hidup saya untuk menjejaki darah daging saya yang terpisah berpuluh tahun. Saya nak sangat kenal dengan adik saya,” katanya.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai adik Siti Esah, boleh menghubungi talian 012-9926756.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/saya-nak-kenal-adik-1.281546
 
da masuk paper harap2 jumpa la nenek ni ngan adiknya...
 
mintak2 jumpala. umur dah lanjut. sebelum tutup mata
 
maklumat yang dia bagi tu dah cukup.. kalau adik dia tahu salasilah keluarga mereka..sure berjumpa juga
 
Back
Top
Log in Register