Mana-mana perniagaan yg Halal,
Pasti ada risikonya walaupun sedikit.
Keuntungan yg saudara cari dengan Modal RM500 ialah RM300 sebulan.
Ada sahabat sy yg berpengalaman dalam bisnes menyatakan mana mana perniagaan, secara amnya akan memberikan keuntungan 35% setahun. Kalau kurang dari itu, x berbaloi.
Itu pendapat dia,
Pendapat dia mungkin betul, mungkin x.
Apabila kita letakkan target yg amat tinggi (60% sebulan) maka secara berpadanan, risiko juga akan bertambah. (Risk & Reward Rule)
Oleyh itu, sy cadangkan agar saudara buat penilaian sendiri akan perniagaan mana yg sesuai dgn saudara.
Yang penting, pastikan rezeki yg diperolehi itu halal,
Kerana Nawaitu saudara nk bina masjid...
& masjid kena bina dgn duit halal..
Doa Rezeki Halal:
Maksudnya : "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."