Ahwazi Mustafa
Legendary Member

- Messages
- 11,542
Paid Membership
- Joined
- Feb 18, 2008
- Messages
- 11,542
- Reaction score
- 18
- Points
- 130
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa tidak mengetahui dia menjadi penjamin kepada ‘jutawan’ Lubnan, Elie Youssef Najem (gambar) bagi kes lelaki itu didakwa berkahwin tanpa kebenaran.
Haslinda Mohd Rohman berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Syarie Ab Malek Awang apabila dia tidak hadir di mahkamah pada sebutan kes lalu sehingga dikeluarkan notis amaran.
Wanita itu adalah pengurus peribadi kepada Roslina Taha, 49, yang ditangkap khalwat dengan Elie pada Jun lalu.
Menurut Haslinda, dia mengenali tertuduh melalui Roslina dan selepas usia perkenalan masuk dua minggu, Elie didakwa mahu meminjam wang RM500 daripadanya.
Dia mendakwa tidak mengetahui bahawa wang itu adalah bagi membayar jaminan dan tertuduh tidak memberitahu perkara sebenar yang terjadi.
Haslinda turut memohon supaya tidak didenda berikutan gagal membawa tertuduh hadir semalam selain mohon dilepaskan sebagai penjamin.
Ab Malek kemudian memerintahkan Haslinda mengemukakan notis tunjuk sebab pada tarikh sebutan akan datang berhubung perkara itu.
Terdahulu, Pendakwa Syarie, Mohammad Sukri Abd Wahab memohon mahkamah merampas wang jaminan RM500 itu dan turut memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap mengikut Seksyen 34(2) Akta 560 Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.
Mohammad Sukri juga memohon supaya salinan waran tangkap itu dihantar kepada Ketua Polis Wilayah Persekutuan dan Ketua Polis Negara bagi membolehkan ia dilaksanakan segera.
Elie, 51, didakwa atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk serta menggunakan sindiket untuk berkahwin dengan bekas isterinya, Farinnie Mohd Farid, 24.
Pasangan itu berkahwin pada 6 Oktober 2005 dan disahkan bercerai selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, membenarkan permohonan fasakh Farinnie pada 29 April lalu.