BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya hanya mahu bersihkan imej Islam

Kita dah Hilang Nabi Muhammad SAW, kalau Rasul kita ada lagi, takkan jadi perbezaan pendapat camni, takkan jadi mazhab2 berlainan Imam mcm sekarang.---> bukan Rasulullah dah tinggalkan 3 perkara?

ntah la bro...layan...

kalau dah masuk bab yang halal jadi haram...haram jadi halal...Islam dituduh kafir...wa surrender...Assalamualaikum

Tau pulak Nabi ada tinggalkan 3 benda.

Baru nak sebut pasal laksanakan Hudud,

da gigil2 takut hilang kuasa.
 
emm klu ikut aku kerajaan yg memainkan peranan....
klu takat denda jerk yg untung kerajaan jerk......
buat ler undang yg lebih berat...
dh hukum hudud kerajaan tolak mentah2
 
di petik dari harakah.

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Hrkh)- Cadangan Mufti baru Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada pihak berkuasa agama supaya menghentikan serbuan khalwat di hotel seolah-olah menyokong tindakan yang pernah dilakukan golongan liberal bahawa perbuatan berdua-duaan itu tidak menyalahi agama kerana ia merupakan soal peribadi.

Dewan Pemuda PAS Pusat kesal dan menyelar cadangan tersebut kerana ia datang daripada seorang mufti yang sepatutnya menegur atau mengambil tindakan tegas terhadap umat Islam yang tidak segan silu melakukan maksiat.

Mengulas cadangan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan mengapa Dr Mohd Asri tidak berani menegur program 'Sure Heboh' atau 'Jom Heboh' dan program maksiat lain yang sering berlaku di hadapannya.

"Apakah program yang bersandarkan maksiat itu bertepatan dengan sunnah menurut pandangan beliau," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, Dr Mohd Asri berkata, kesilapan dalam kes-kes tangkapan khalwat termasuk menangkap pasangan suami isteri yang tidur di hotel dan juga terhadap pasangan asing bukan Islam merupakan perkara yang boleh memalukan agama Islam.

Dr Mohd Asri menambah, jika isu seperti khalwat menjadi keutamaan pihak berkuasa dengan melakukan serbuan maka perkara mungkar yang lain juga wajar diambil tindakan yang sama.

"Kalau begitu kita kena intip rumah-rumah yang dikatakan berlaku kemungkaran termasuk suami isteri yang mungkin melakukan perkara mungkar seperti tidak bersembahyang dan menahan pasangan lelaki dan perempuan yang menaiki kereta yang sama," ujarnya.

Mengulas kenyataan Dr Mohd Asri, Idris berkata, berkenaan hadis Nabi dan firman Allah SWT melarang mengintip ialah perkara yang berlaku secara tertutup yang tidak diketahui dengan sengaja hendak mengintip.

Tambah beliau, sedangkan pihak berkuasa yang hendak mencegah khalawat pergi membuat serbuan setelah mereka mendapat laporan daripada pihak tertentu dan mereka disyaki berada dalam hotel tersebut.

Katanya, tindakan itu tidak termasuk dalam kategori mengintai kerana Islam melarang umatnya mengintai perbuatan seseorang yang berada dalam rumahnya untuk mengetahui sama ada orang tersebut minum arak atau tidak.

Sehubungan itu beliau melahirkan kebimbangan kerana dalam keadaan umat Islam dilanda gejala keruntuhan moral tiba-tiba seorang mufti mengeluarkan kenyataan yang mungkin akan diguna pakai oleh golongan yang gemar melakukan maksiat terutama khalwat.

"Kita mencadangkan mufti yang baru dilantik ini memberikan tumpuan berkenaan keruntuhan akidah umat Islam seperti serangan terhadap hukum Islam, serangan ulama dan ajaran sunnah," tegasnya. - lanh
 
emm..zaman skrg....org buat baik lagi segan......
org buat maksiat boleh x malu ngan menunjuk plak....
memang dunia dh akhir zaman nie....
 
yg orang yg buat kerja terkutuk tu aku tak berapa heran sangat..
kalau menteri cakap kira ok le.. tak pelik
yg heran mufti tu cam ne leh kuarkan kenyataan cam tuh..
herannn herannnn mufti tuuuuuuuuuuuu
 
em mufti tak leh cakap seberangan sbb takut orang tersalah anggap tu fatwa. Aku tak sokong kalau stop tangkap khalawat, makin ramaila bayi-bayi yang kena buang nanti kalau stop tangkap khalwat.
 
mmg betul akan ramai oku, tp azab kelak d akhirat insyaAllah lepas.

Akhirat memang dia dpt lepas, tapi bab OKU semakin ramai tu aku tak setuju! sebab bila dah kita siarkan hukuman kat TV secara live, orang ramai akan takut untuk melakukan maksiat dan kes2 jenayah akan berkurangan, maka banyak2 orang yg akan tercedera sebab jenayah dapat di selamatkan. Bagi aku makin kurang peratus OKU untuk bertambah.
 
aku sokong 1000% cadangan beliau...
hakikat operasi mencegah maksiat ini adalah menjadi salah satu punca pendapatan kepada minoriti kerajaan negeri melalui denda yang dikenakan ke atas pasangan yang dicekup...
keikhlasan individu yang terlibat dalam operasi terbabit hanya Allah je yang tahu...

hahaha...ini la yang org kata mu'tazilah.
buat hukum ikut akal fikiran..

ada satu fenomena artis sekarang,bila ditanya bila nak pakai tudung.dia jawap ni soal keihlasan...ayat yang popular...,"ala, pakai tudung pun jahat gak"..lg satu.."ala, pukan masalah tudung tu, tp i tak nak jadi hipokrit.dalam lain,luar lain.."

ni kepala hotak punya org la..kan Allah dah suruh tu,buat jer la.
kalau tak mampu,mengaku kesilapan diri cukup.

bab ikhlas tu urusan Allah. Dalam islam ada satu term yang dipanggil "ikhtilas".

Ulamak cakap, kalau kita nak capai keikhlasan, kita kena buat benda tu..walaupun mula2 kita rasa tak ikhlas,tp lama2 benda dah jadi tabie dan keikhlasan tu akan datang..

Jgn la brcakap mengikut akal, tanpa berpandukan rujukan yang sahih..al-Quran dan as-Sunnah.

Ingat....kita ni hamba Allah.Allah dah suruh, nak bantah buat aper...:D ni la manusia, bila satu hari salah satu nikmat yang diberi di tarik balik..baru la manusia tu nak sedar..

Maaf andai terkasar bahasa kai...kalau aku salah aku mintak maaf..
aku cuma marah org memperlekehkan hukum islam..tak nak buat, senyap jer la...
 
Last edited:
emmm...
ape yg saya faham, mufti tu kata serbuan hendaklah dgn maklumat yg benar. jika tidak ia akn memalukan agama kita sendiri...bkannya menghalang tangkap khalwat.
ape yg dikatakan oleh beliau hanya pendapat bkn fatwa.
harus diingat kita ada majlis fatwa dengan kuasa dibwh majlis raja-raja...
satu lagi, beliau menekankan jika kita beria-ia melakukan tangkap khalwat, maka kita hendaklah beria-ia membanteras dadah, rasuah dan lain-lain kerana ini juga masalah sosial.

sekian, tu yg saya faham dari artikel mufti tuh...
mungkin ade sdkt missunderstanding...
kita tunggu jika ada maklum balas dari ss tuan mufti.
 
Back
Top
Log in Register