eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
AMPANG: “Saya teraniaya dan menjadi mangsa orang yang mungkin tidak berpuas hati,” kata Raja Ular, Shahimi Abdul Hamid, 37, mengulas dakwaan dan penahanannya yang dikatakan menjadi orang tengah menjual syabu.
Menurutnya, dia memang tidak pernah terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah syabu seperti yang dilaporkan sebelum ini dan beranggapan kemungkinan ada individu tertentu yang tidak berpuas hati dengannya.
“Saya tergamam ketika ditahan...pelbagai reaksi yang timbul di kepala dan turut terkejut kerana tidak pernah berhadapan dengan situasi ini (ditahan polis).
“Ketika dibawa ke balai, polis menjalankan siasatan dan mengatakan mereka menerima maklumat yang saya menjadi orang tengah menjual syabu,” katanya yang pernah memecahkan rekod dunia selepas berjaya mencium ular tedung selar sebanyak 51 kali dalam masa tiga minit satu saat empat tahun lalu.
Menurutnya, bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia tidak membawa syabu seperti yang dikatakan dan dibebaskan keesokannya oleh polis selepas siasatan.
“Sepanjang siasatan, saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan memberitahu yang saya memang tidak terbabit dalam kegiatan pengedaran syabu ini.
“Mungkin ada orang yang iri hati dengan saya hingga mereka sanggup membuat tuduhan mengatakan saya menjadi orang tengah menjual syabu,” katanya.
Menurutnya, dia juga menafikan mengambil syabu sebelum melakukan pertunjukan kerana perbuatan itu boleh memudaratkan dirinya ketika berdamping dengan haiwan berbisa terbabit.
Katanya, selepas memecahkan rekod dunia dia terus ‘menghilangkan diri’ dan merantau ke luar negara menuntut ilmu menjinakkan haiwan liar.
“Saya pulang ke sini hampir dua tahun lalu dan memang mengakui pelbagai cabaran dan halangan ditempuh.
“Tidak mustahil memang ada yang mungkin iri hati dengan kejayaan saya sebelum ini kerana berjaya memecahkan rekod dunia dan juga masih memegangnya sehingga kini,” katanya. Menurutnya, dengan penjelasan yang dibuatnya ini, Shahimi berharap orang ramai tidak memandang serong kepadanya dan akan berprasangka buruk dengan dirinya.
Harian Metro Selasa lalu melaporkan seorang lelaki yang juga digelar Raja Ular di tahan di sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Ampang selepas polis menerima maklumat dia membawa syabu untuk diedarkan kepada pelanggan.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan lelaki terbabit kini sudah dibebaskan selepas siasatan dan kenyataannya diambil.