BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya bukannya berzina!

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEKILAS pandang, Ako dan Kartina ialah pasangan yang santai. Sempoi bak kata anak muda. Dek kerana keserasian santai itu rumah tangga mereka tidak dilanda ribut walaupun Ako sedang didakwa di mahkamah kerana berkhalwat dengan seorang jurusolek, Anang Sagunting, 29.

Sebelum ini Ako menjadi tumpuan selepas dia putus cinta dengan pelakon jelita, Jue Aziz.

Baik Ako mahupun Tina, kedua-duanya sepakat untuk tidak mengenang lagi peristiwa dua tahun lalu.

Dalam temu bual dengan SensasiBintang, Ako mencurahkan perasaannya.

Baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, kini kamu harus melalui satu proses mahkamah yang melibatkan wanita lain. Bagaimana rasanya?

Saya okey sebab itu perkara yang telah berlalu. Isteri saya pun okey. Saya juga tidak pernah tanya tentang mantan kekasih dia. Kami langsung tidak tertekan dengan masalah ini. Lagipun saya hanya ditangkap khalwat, bukannya berzina.

Bagaimana dengan keluarga masing-masing?

Keluarga saya dan Tina okey. Mereka menjadi sangat membantu dalam hal ini.

Apakah hikmah di sebalik kejadian itu?

Ya, saya anggap ia satu ujian untuk saya dan isteri. Melihat bagaimana rapatnya kami selepas ujian itu, saya anggap ia satu ujian yang bagus. Kami lebih memahami antara satu sama lain. Kalau sebelum kahwin dulu kami sering bergaduh, kini tidak lagi.

Karier kamu tidak terganggu dengan kisah-kisah silam?

Alhamdulillah, boleh saya katakan bahawa saya mendapat semakin banyak tawaran berlakon. Tidak ada sesiapa yang memandang ia sebagai sesuatu yang negatif.

Rezeki jadi murah selepas berkahwin dan saya dapat merasainya. Isteri saya juga telah menjadi pengurus saya.

Kamu lebih senang diuruskan isteri?

Ya, untuk saya dan untuk orang lain juga. Ramai orang kata lebih senang berurusan dengan saya selepas saya dijaga isteri. Dia serius sebagai seorang pengurus. Queen control (ketawa).

Kamu sering dikaitkan dengan wanita sejak awal berlakon hingga kini. Apakah pandangan kamu tentang mereka?

Saya gembira kerana pernah berjumpa mereka. Saya hargai setiap sumbangan mereka terhadap saya. Mereka memberi pengaruh yang besar kepada saya.

Sebagai contoh, salah seorang bekas kekasih saya mengajar saya tentang bagaimana berkomunikasi dengan betul. Jika tidak ada skil itu, tak mungkin saya dapat memikat Tina, isteri saya sekarang.

Setiap hubungan yang tidak menjadi, ada hikmahnya. Kini saya bertemu dengan wanita yang tepat.

Apakah yang paling dikesalkan dalam satu-satu hubungan?

Saya menyesal kerana saya seorang yang lambat belajar. Tapi itu semua pengalaman. Ia proses pembelajaran yang bagus untuk kehidupan saya.

Bagaimanakah Tina pada mata kamu, sebagai isteri dan pengurus?

Dia tidak pernah curang – Tina

KARTINA tenang dalam menghadapi segala dugaan yang datang terhadap suaminya. Dalam nada yakin, dia berkata: “Saya yakin dengan Ako. Saya tahu dia akan dapat mengawal dan menghadapi dugaan ini. Saya sangat percayakan Ako.”

Tina menyukai dan menyayangi Ako kerana dia seorang yang jujur. “Saya tidak pernah risau akan dirinya. Sewaktu bercinta dahulu juga begitu.

“Jika saya tidak dapat menghubunginya walau dua hari pun, saya tahu dia tidak pernah curang,” ujar Tina yang juga baik dengan bekas kekasih Ako.

Perihal kes mahkamah yang dihadapi Ako, kata Tina, keluarganya tenang menghadapinya. Malah Ako merupakan menantu kesayangan dan sangat pandai mengambil hati keluarga Tina.

“Seperti juga Ako, saya sangat bahagia dan bersyukur bertemu jodoh dengannya. Saban hari sebelum tidur dia akan peluk saya dan mengucapkan terima kasih kerana menjadi isterinya,” katanya yang tidak pernah menganggap perempuan lain yang Ako kenali sebagai musuh.

Satu-satu musuh dirinya hanyalah permainan video PS2 yang menjadi kegilaan Ako.

Dia ialah seorang wanita yang hebat bagi saya. Tanpa gagal saya akan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mengahwini saya pada setiap hari.
 
ako ni gila ps2 rupenye..
satu geng ni..
minx no pon..
nak ajak men game..
 
..... Dia ialah seorang wanita yang hebat bagi saya. Tanpa gagal saya akan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mengahwini saya pada setiap hari.

Wah.. dahsyat ayat dia tuuuu...
 
Hidup artis ni penuh dugaan..kalu baru kahwin tu doakan r/tagga tu kekal,
kita tegok artis kita ni...kononnya pasang romentik/bahagia/serasi...lepas tu hancur gak.....
 
ayat2 cinta yg power tu...boleh diguna pakai tu...hehehe
 
ish ish macam mana x jd menantu kesayangan klw dpt mnantu artis:mad::mad:
 
Back
Top
Log in Register