BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Satelit Komersil Di Program Semula Pertama Di Dunia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Satelit Komersil Yang Boleh Di Program Semula Pertama Di Dunia Ini Sedia Untuk Dilancarkan;

Pada tahun 1965 dahulu, Agensi angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah pun melancarkan satelit komersil komunikasi pertama di dunia yang dikenali sebagai Early Bird atau juga dikenali dengan nama Intelsat. Tetapi kini, giliran Agensi Angkasa Eropah (ESA) pula bersedia untuk melancarkan satelit komersial pertama di dunia yang boleh diprogramkan semula sepenuhnya.

Satelit yang namakan sebagai Eutelsat Quantum (Quantum) merupakan sebuah satelit yang tidak bersifat tetap dan akan memberikan perkhidmatan meliputi Afrika Barat hingga Asia. Bermakna teknologi perisian satelit itu boleh dikemas kini bagi menyesuaikan mengikut permintaan pelanggannya. Satelit yang boleh diprogramkan semula ini ketika ia mengorbit dalam posisi tetap 35,000 kilometer (km) di atas bumi dan mampu beroperasi selama 15 tahun.

Quantum dijadualkan akan dilancarkan ke angkasa lepas pada 30 Julai 2021 jam 10.00 malam (waktu Eropah) yang boleh ditopnton secara langsung menerusi laman rasmi ESA.
1627818968887.png
 
Back
Top
Log in Register