Sebelum makan baca "Bismillahhirrahmanirrahim". "Baca doa Allahumma bariklana fima razak tana waqina azabannar" (sila rujuk tulisan Arabnya supaya tak salah sebutan).
Kita tengok dulu bersih kah tidak. Kita rasa berselera nak makan atau jijik meloyakan. Tengok rating yang kerajaan letakkan kat tempat tu. Kita tengok muka orang kerja dalam kedai dan muka tuan punya kedai. Kalau rasa tak masalah, teruskan. Kalau rasa ada masalah, masih ada banyak pilihan di tempat lain.
Kedai mamak pun ada kedai mamak yang muslim. Tak suka mamak masih ada kedai orang kita sama Melayu.
Kalau nak lebih teliti soal sate, tengok bagaimana sate diperbuat dan dibakar. Kalau dah orang tabur dua tiga genggam ajinomoto dalam bekas daging kemudian cucuk sampai tercucuk jari berdarah, sure timbul another chapter.
Pernah baca kat mana kah kisah Sasterawan Negara A. Samad Said duduk lepak dengan rakan dia di Singapura kalau tak silap Noor S.I. yang kata kepada A. Samad Said apa rahsia kesedapan sate yang selalu mereka makan. Sate tu dibakar atas tempat pembakar yang tak pernah cuci dan ditukar-tukar. Mungkin saja sisa-sisa minyak, daging melekat yang terus-terus dibakar serapkan aroma dan rasa tambahan kepada sate yang dibakar.
Satu cerita lagi. Ada dulu orang sampaikan dalam emel balik-balik aku terima. Katanya sate tu boleh sebabkan kanser sebab kena asap dan abu arang. Jadi kalaupun makan sate makan bersama mentimun hiris yang disertakan kerana mentimun tu jadi penawar.
Apapun, aku doakan cabaran akibat kisah sate recycle ni buatkan penjual sate semakin tabah. Aku doakan rezeki mereka bertambah makmur dan maju jayalah bangsa Melayu.
Buat orang Melayu yang khianat dalam berniaga, memang betul buat kerja recycle sebab tak nak membazir, nak cepat untung... aku doakan kamu dapat hidayat dan bertaubat. kadang2 kamu tunggulah bala menimpa supaya kamu sedar perbuatan kamu tu berdosa.