BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sasar jualan kenaf RM80 juta

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
wp_01.1.jpg

SAMSUDIN Noor (empat dari kiri) melihat produk yang dihasilkan daripada kenaf dalam majlis Promosi Produk Kenaf di Kubang Kerian, Kota Bharu. Kelantan, kelmarin.

KOTA BHARU - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan penjualan tanaman kenaf bernilai RM80 juta menjelang tahun 2020.

Ketua Pengarahnya, Samsudin Noor berkata, sasaran tersebut dapat dicapai berikutan penerimaan industri terhadap tanaman kenaf pada masa kini semakin meningkat terutamanya di kawasan penanaman padi yang tidak mendapat bekalan air.

"Tidak mustahil sasaran tersebut dapat dicapai kerana tanaman ini mudah ditanam dan dijaga berbanding komoditi lain," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam majlis Promosi Produk Kenaf di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di sini semalam.

Dalam pada itu, Samsudin berkata, pihaknya juga menyasar pengeluaran hasil kenaf sebanyak 15 tan metrik sehektar untuk dibekal kepada pihak industri.

"Pada masa ini, LKTN hanya mampu mengeluarkan hasil kira-kira tujuh sehingga 10 tan metrik sehektar, namun saya harap hasil kenaf dapat ditingkatkan pada tahun 2020.

"Sekiranya hasil tersebut dapat dicapai, saya memberi jaminan bahawa petani masing-masing akan memperoleh pendapatan sebanyak RM4,000," jelasnya.

Katanya, tanaman kenaf yang kini sudah dibangunkan sebagai tanaman komoditi baharu berupaya menambah sumber pendapatan petani bagi menyara keluarga.

Sementara itu, Samsudin memberitahu, pihaknya merancang agar tanaman kenaf diperluas di Kedah dan Perlis kerana keadaan musim panas yang panjang.

"Kami mahu tanaman tersebut ditanam di kawasan seluas 3,000 hektar bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

"Sehingga kini hanya Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak menjalankan tanaman kenaf," katanya.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pahang/20141015/wp_01/sasar-jualan-kenaf-RM80-juta#ixzz3GA6h8T22
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Back
Top
Log in Register