helmisaman
Legendary Member

- Messages
- 11,106
- Joined
- Jul 15, 2011
- Messages
- 11,106
- Reaction score
- 266
- Points
- 131
Sasar jual 2 juta Galaxy Note
2011/11/29
SAMSUNG Electronics menyasar untuk menjual dua juta unit Galaxy Note baru menerusi pelancaran peringkat domestik peranti Galaxy dikuasakan Android terbarunya itu, semalam.
Syarikat berpangkalan di Korea Selatan itu tidak meletakkan sebarang jangka masa bagi unjuran jualan Galaxy Note baru yang kini boleh didapati di beberapa negara.
Note dengan skrin 5.3 inci (13.5 sentimeter) adalah model setaraf dengan peranti Android utama Samsung iaitu telefon pintar Galaxy dan Galaxy Tab.
Pengenalan model yang didatangkan dengan skrin lebih besar berbanding telefon pintar dan lebih kecil berbanding tablet membuktikan syarikat itu menyasar untuk menjadi peneraju dalam pasaran model yang menggabungkan kedua-dua fungsi telefon pintar dan tablet.
Samsung berkata, model itu digabungkan antara peranti mudah alih telefon pintar dengan skrin besar yang digunakan pada tablet.
“Galaxy Note adalah revolusi produk yang membuka kategori baru dalam pasaran,” kata Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alihnya, JK Shin dalam satu kenyataan di Seoul semalam.
Syarikat itu turut melancarkan Galaxy Nexus iaitu telefon pintar pertama dikuasakan oleh sistem operasi Android terbaru daripada Google yang dikenali sebagai ‘Ice Cream Sandwich.’ – AFP