BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarjan maut, ASP parah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Keadaan kereta yang remuk selepas merempuh gelung besi yang terjatuh atas lebuh raya.
< 1 / 1 >
MARAN - Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut apabila kereta dipandu merempuh gelung besi yang jatuh dari sebuah treler di Kilometer 153.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu turut mengakibatkan penumpang bahagian hadapan yang merupakan pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan cedera parah.

Mangsa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Che Omor Ab Ghani, 53, meninggal dunia di tempat kejadian sementara Ketua Bahagian Cawangan Khas, Asisten Superintendan Zulkifli Nasir kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, kedua-dua mangsa yang bertugas di cawangan khas IPD Bera itu dalam perjalanan ke Kuantan bagi menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuantan.

Mat Rizal berkata, sebelum kejadian berlaku, treler membawa muatan beberapa gelung besi itu berhenti di lorong kecemasan selepas dinding penghadang treler patah menyebabkan 12 gelung besi terjatuh.

“Selepas itu, kereta jenis Proton Preve dinaiki kedua-dua mangsa gagal mengelak lalu melanggar gelung besi di lorong kanan jalan.

“Mangsa yang memandu cedera parah di bahagian leher dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mat Rizal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis telah menahan pemandu treler yang berumur 53 tahun itu untuk siasatan lanjut.


Suami tak tunjuk perubahan

Tiada siapa menyangka, pagi semalam merupakan hari terakhir Ramlah Suanda, 50 bersalaman dengan suaminya, Sarjan Che Omor Ab Ghani, 53 sebelum keluar bekerja.

Menurut Ramlah, suaminya sempat menyusun dan memberikan kunci kereta dan rumah sebelum bertolak ke Kuantan.

“Sebelum ini dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, dan saya tidak menyangka yang pagi tadi (semalam) merupakan kali terakhir berbual dengannya.

“Dia langsung tidak memesan apa-apa, dan itu menyebabkan saya sedikit terkilan,” katanya.

Ramlah yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kumai menerima panggilan jam 8 pagi memaklumkan mengenai insiden yang menimpa suaminya.

Jenazah Che Omor tiba di rumahnya dekat Taman Jati, Bera kira-kira jam 3 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerayong bersebelahan kubur arwah anak sulungnya.

Turut kelihatan tiga orang anak mereka, Fatin Nadhirah, 24; Dayang Hanis Suraya, 17, dan Che Nabilah Fasihah, 15.

Sementara anak kedua, Ahmad Naqib, 22 tidak sempat menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir kerana dalam perjalanan pulang dari Kemaman.


Arwah seorang yang mesra

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP), Salman Muhamad berkata, walaupun Allahyarham kelihatan pendiam namun dia selalu mengambil berat hal-hal kebajikan penduduk.

Menurutnya, sesuai dengan jawatan yang disandang iaitu Pengerusi KRT, Allahyarham menjalankan tanggungjawab itu dengan baik.

“Kami sedia maklum, dia selalu sibuk dengan tugas sebagai anggota polis tetapi tidak pernah mengabaikan amanah yang dipikul," katanya.


Kehilangan besar IPD Bera

Pemergian Che Omor merupakan satu kehilangan besar kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) lebih-lebih Allahyarham telah berkhidmat selama 24 tahun di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, Allahyarham adalah anggota polis yang sering memberikan kerjasama yang sangat baik dalam pasukan.

Katanya, walaupun arwah seorang yang pendiam namun dia disenangi semua anggota dan kakitangan IPD Bera.

“Sepanjang saya bertugas di sini, Allahyarham tidak pernah menimbulkan sebarang masalah, malah mudah didekati dan disenangi semua orang,” katanya
 
Tgk dlm tv semlm mmg teruk impak preve tu...nampak gaya tak sempat brek langsung, 6.30pg mmg gelap lagi tak nampak apa pun...

Alfatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya..
 
semoga rohnya dicucuri rahmat...
 
jilake punya lori...

mmg jilake...

byk lori yg abaikan keselamatan pemandu lain...

ritu depan mata barang dlm lori melambung keluar...

nasib baik takde kenderaan kt situ...
 
Perkara biasa kat Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Tak caya, sila bertandang. Mungkin bernasib baik boleh rekod Lori kontena terbang atas kereta.
 
Back
Top
Log in Register