BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarjan Hassan pula dipersoal

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
BUKIT MERTAJAM 10 Sept. - Selepas mendakwa komunis sebagai hero dan menuduh filem Bukit Kepong sebagai satu pembohongan sejarah, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kini mempersoal pula penayangan filem Sarjan Hassan.

Ini kerana menurut Mohamad, setiap kali tiba sambutan Hari Pahlawan, stesen televisyen akan berlumba-lumba menayangkan filem itu yang dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Tan Sri Jins Shamsudin.

Beliau mendakwa, biarpun watak Sarjan Hassan yang dilakonkan oleh P. Ramlee merupakan seorang yang baik dan setia, namun dia berkhidmat untuk ketuanya iaitu orang Inggeris dan melawan Buang yang menjadi ejen Jepun.

"Saya suka filem ini tapi tak perlulah tayang pada Hari Pahlawan saja. Tayanglah pada hari lain sebab Hassan yang baik adalah ejen British, manakala Buang yang jahat dilakonkan oleh Salleh Kamel adalah ejen Jepun, jadi dua-dua wakili penjajah.

"Kenapa tak buat filem yang menceritakan tentang pejuang kemerdekaan tanah air yang sebenar dan adakah penapis filem kita tak izinkan cerita-cerita macam itu," katanya ketika berucap di Juru, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Mohamad terus mempertahankan dakwaannya bahawa Mat Indera yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Jelasnya, jika Allahyarham Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dianggap sebagai pejuang kemerdekaan, nama-nama seperti Ishak Muhammad (Pak Sako), Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob dan beberapa orang lagi nasionalis Melayu tidak harus dilupakan.

"Selain itu, sekiranya Rashid Maidin dan Abdullah CD adalah penggerak komunis dan pemberontak, kenapa ada pihak di kalangan UMNO sendiri yang sudi membantu mereka?" katanya.

Justeru katanya, sejarah memang perlu diubah dan banyak yang perlu diceritakan kepada generasi muda agar mereka memahami apa yang tersirat di sebalik sejarah negara.
 
mcm2 la mat sabu nie p.ramlee pun dia nak kaitkan apa dh, sarjan hassan hanya lakonan abg mat oii
 
pada pandangan aku ini semua permainan politik aje....mat sabu sedar salah satu sbb sokongan org melayu terhadap umno adalah dengan berfikiran umnolah yg menyebabkan tanah melayu merdeka....untuk mengurangan sokongan melayu kpd umno maka sesuatu perlu dibuat untuk mengubah pemikiran berkenaan...inilah yg sedang dibuat supaya keterhutangan budi kpd umno kerna memerdekakan tanah melayu diluputkan drp pemikiran org org melayu...
tp permainan ini ader risikonya.....
 
who's next ? leftenen adnan? dol said ?
 
setelah join2 forumer.. mahupn ahli2 kerajaan mahupn pembangkang setelah dengar hujah2 debat2 dan di kaji sejarah blik.. mat sabu betul.. 2x5 juga. mat sabu dah bukakan blik buku sejarah yg selama ini berhabuk.. ikutilah debat. tanpa debat ibarat tepuk sblah tangan. bunyi x ade ibarat jawapan yg tiada
 
cuba tanya org yg masih hidup zaman 40-50 tu.. anda akan tahu apa jwpn nya.. aku ada tanya 2 org,,sorang bekas cikgu ( datuk sedara ) umur sekitar 90 dan sorang lagi bapak mmber aku ( ex-tentera laut )umur 80...
 
Back
Top
Log in Register