BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Peruntuk RM300 Juta Naik Taraf Bekalan Air Di Samarahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
54d994066a4a5a22d6b428af876eae18674aeb415301a

Datuk Rubiah Wang

Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukkan RM300 juta untuk menaik taraf sistem bekalan air bersih di seluruh kawasan Samarahan supaya bekalan lebih stabil dan mampu menampung keperluan pada masa depan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata beberapa pendekatan dipertimbangkan bagi pelaksanaan projek itu termasuk penggantian paip lama dan penstrukturan semula sistem saluran air.

“Selain itu, cadangan pembinaan tangki air berkapasiti tinggi turut dikemukakan bagi menampung keperluan penduduk dan sektor industri di kawasan berkenaan.

“Perkara ini juga telah dibawa ke perhatian Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kota Samarahan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata projek naik taraf itu dijangka bermula hujung April dan akan mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk disiapkan.

Katanya setelah siap kelak, sistem bekalan air di seluruh kawasan itu termasuk Kampung Baru yang dilaporkan terjejas sebelum ini dijangka menjadi lebih stabil dan mampu menampung keperluan semasa serta masa depan.

Rubiah berkata dengan projek naik taraf tersebut, sistem bekalan air juga akan disusun semula agar lebih efisien, termasuk memperkenalkan tiga sumber utama saluran paip bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber sahaja.

 
Back
Top
Log in Register