BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fiber Sarawak Akan Perkenal Pelan Internet Serendah RM20 Sebulan Untuk 1TB, Selain Pelan Mingguan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Sarawak melalui Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN), sebuah inisiatif dibawah Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), kini menyasarkan untuk memperkenalkan sebuah perkhidmatan baharu dinamakan MySRBN Home Prepaid Plan pada 7 Julai 2024. Dibawah pelan berkenaan, ia menyasarkan penawaran pelan internet pada harga sangat rendah, sekaligus mengalakkan lebih ramai menyertai arena digital.

MySRBN-Internet-950x637.jpg.webp


Perkhidmatan internet ini akan menawarkan 300MB secara percuma setiap bulan. Sebagai tambahan, untuk terus menggunakannya, pelanggan boleh melakukan langganan tambahan. Dibawah pelan yang bakal ditawarkan, ia akan menawarkan pelan pada harga RM20 sebulan untuk akses data sebanyak 1TB. Disamping itu, pengguna juga dijangka akan diberikan pelan mingguan serendah RM5 seminggu untuk 200GB.

Kebiasaannya, pelan sebegini berharga lebih mahal. Tetapi, di Sarawah, kos sehingga RM50 disubsidi oleh SDEC, sekaligus menjadikan harga langganannya lebih rendah. Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan penghujung minggu ini untuk pelancaran rasmi perkhidmatan internet di Sarawak ini.

Berita asal https://www.bernama.com/en/news.php?id=2312879
 
MySRBN Kini Beralih Ke Perkhidmatan Prabayar Dengan 300MB Data Percuma Setiap Bulan - RM5 Untuk 200GB, RM20 Untuk 1TB

Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) kini secara rasminya mengumumkan mereka telah menamatkan tempoh percubaan bagi perkhidmatan jalur-lebar mereka, dan bermula 7 Julai 2024, MySRBN telah beralih kepada pelan prabayar yang dimuatkan dengan data 300MB percuma setiap bulan. Untuk pengguna yang memerlukan data atau kuota internet tambahan, boleh melanggannya pada harga RM5 untuk 200GB bagi penggunaan selama 7 hari, atau RM20 untuk 1TB bagi penggunaan selama 30 hari.

MySRBN-Internet-950x637.jpg.webp


Harga murah ini dapat dicapai dengan subsidi oleh Sarawak melalui SDEC, sekaligus menjadikan harga langgannya rendah dan boleh dimiliki golongan sasaran – sekaligus memastikan semua penduduk Sarawak dapat menikmati dan tidak ketinggalan dalam arena ekonomi digital.

Bagi anda yang di Sarawak, boleh memuat-turun aplikasi MySDEC, dan menyemak penawaran SRBN ini melaluinya.​
 
Back
Top
Log in Register