Nak tanya apa bezanya b.walit ngan layang2,stngah org ckap lain & aku g jumpa ngan org lain dia cakap sama jee...?comfiuse aku..
hehhe....
burung walit nih tgolong dalam burung layang2 gak....
burung layang2 nih ade lbh krg 90 spesis...
tp bkn semua yg ble buat sarang ngn air liur....
tuh wat bezanya walit ngn layang2 yg biasa kte nmpk...
dr segi rupa pn ade bezanya...
sayap walit berbentuk sabit sedikit....
kecik saiznya....
terbang mcm kelawar....
kaki lembut so xble bertenggek kt dahan2 pokok,rumah2 mahupun kabel2 letrik yg kte slalu nmpk tuh...
nih sy sertakan info sket yerp...
Spesis / Biografi
• Order : Apodiformes
• Family : Apodidae
• Tribe : Collocaliini
• Genus : Aerodramus
• Species : Fuchiphagus & Maximus
Order Apodiformes diwakili oleh 3 keluarga besar yakni swifts, apodidae dan tree swifts.
Di mana Walit tergolong dalam keluarga Apodidae bermaksud “tidak berkaki” dalam bahasa Greek lama atau lebih tepat lagi mempunya kaki yang lemah yang hanya boleh digunakan untuk mengcangkuk melalui kukunya.
Keluarga Apodidae ini terdiri daripada 4 koloni atau kumpulan iaitu Cypseloidini, Collocalini, Chaeturini dan Apodini. Walit ini berada dalam kolini / kumpulan Collocalini.
Terdapat 4 genetik (genus) yang membentuk koloni Collocalini; Collocalia, Aerodramus, Hydrochous dan Schoutedenapus. Daripada 4 genetik ini, hanya 2 genetik sahaja yang mempunyai sepsis burung laying-layang yang membuat sarang daripada air liurnya dan lebih dikenali sebagai WALIT; Collocalia dan Aerodramus.
Pecahan daripada 2 genetik ini pula membawa kepada 24 spesis layang-layang (Aerodramus) dan 4-5 spesis layang-layang (Collocalia). Tanpa pengetahuan dan pengalaman, ditambah dengan spesis yang terlalu banyak ini agak sukar untuk dilihat dengan mata kasar spesis yang manakah dikenali sebagai WALIT. Antara sepsis yang dikenali sebagai WALIT dan ada di Malaysia ialah Aerodramus Fuciphagus, Aerodramus Maximus dan Aerodramus Germani (Aerodramus) dan Collocalia Linchi (Collocalia).