ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUANTAN - Arkib Negara Malaysia disaran membangunkan aplikasi yang membolehkan orang ramai mendokumentasikan bahan mereka secara digital dan diakses dalam talian.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata aplikasi sedemikian bukan sahaja membolehkan orang awam
menyimpan bahan mereka dengan selamat tetapi juga memudahkan pihak lain untuk mengakses dokumen berkenaan.
Kaedah ini juga satu usaha untuk mendidik orang ramai agar lebih prihatin dalam menyimpan serta mendokumentasikan barangan serta bahan yang mereka miliki, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Lestari Ilmu Arkib Bersama IPT Pahang, di sini hari ini.
"Dengan cara ini generasi akan datang dapat menjejak semula atau mengenali seseorang individu tertentu terutama yang banyak menyumbang jasa dan pengorbanan kepada masyarakat, agama dan bangsa," katanya.
Mengulas mengenai program itu, Mohd Sharkar berkata program tersebut adalah satu usaha Arkib Negara Malaysia dalam mendedahkan kepada generasi muda tentang kepentingan Arkib dan peranannya sebagai gedung simpanan dokumen dan barangan lama tentang sejarah negara ini.
"Pendedahan ini penting supaya mereka tahu, dokumentasi adalah bukti penting bagi kita mencari jalan penyelesaian jika terdapat pertikaian mengenai sejarah atau tempat-tempat yang menjadi rebutan oleh pihak-pihak yang membuat tuntutan," katanya. - Bernama