BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sapu tiga anugerah, Langkasuka juara ALI2025

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Sapu tiga anugerah, Langkasuka juara ALI2025​

LANGKASUKA.jpeg

KUMPULAN Langkasuka dinobatkan sebagai juara Anugerah lagu Indie 2025 apabila mendominasi kategori Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Terbaik. - SADDAM YUSOF

Sapu tiga anugerah, Langkasuka juara ALI2025

PETALING JAYA– Kumpulan Langkasuka mencipta kejutan apabila membolot tiga anugerah termasuk dinobatkan juara Anugerah Lagu Indie 2025 (ALI2025) menerusi karya Baju Yang Baru pada Pentas Akhir ALI2025, malam tadi.

Kemenangan menerusi kategori Lagu Terbaik itu membolehkan Langkasuka membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, selain turut mengungguli kategori Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing menawarkan RM5,000.

Lebih manis, kejayaan tersebut hadir menerusi lagu yang menurut wakil Langkasuka, Zuhaili Mohd Zuhairi, dihasilkan ketika negara berdepan pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu.

“Saya memang tidak sangka lagu yang ditulis ketika Covid ini akhirnya berjaya menjadi juara. Memang kami ada meletakkan harapan, tetapi apabila melihat ramai peserta lain yang bagus, saya tidak mahu terlalu berharap kerana takut kecewa.

“Syukur, malam ini rezeki kami. Selepas ini Langkasuka merancang untuk muncul dengan sebuah album,” katanya pada sesi sidang media selepas diumumkan sebagai juara.

Mengulas pemilihan Langkasuka sebagai juara, juri profesional, AG Coco berkata, kumpulan itu menyerlah kerana hadir dengan pakej lengkap yang memenuhi aspek utama penilaian pertandingan.

“Langkasuka mempunyai pakej lengkap. Bukan sahaja dari segi susunan lagu dan lirik, malah secara keseluruhannya mereka cukup semua yang diperlukan untuk menjadi pemenang,” katanya.

Dalam pada itu, Sethpoll menerusi Gelandangan Mewah diumumkan sebagai pemenang Lagu Rock Terbaik, manakala Wrga menerusi GKG (Gomo Klate Gomo) membawa pulang trofi Lagu Hip Hop Terbaik. Kedua-dua kategori menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.

Pentas akhir edisi keenam ALI2025 menghimpunkan 15 karya terbaik dalam tiga kategori utama iaitu Pop, Rock dan Hip Hop daripada 590 karya yang menghantar penyertaan secara keseluruhan.

Daripada keseluruhan penyertaan, sebanyak 90 lagu dipilih ke peringkat seterusnya sebelum undian awam menentukan 15 finalis layak berentap di pentas akhir. Penentuan pemenang dibuat berdasarkan 70 peratus penilaian juri profesional dan 30 peratus undian awam dalam talian.

Barisan juri ALI2025 terdiri daripada sembilan penggiat muzik iaitu AG Coco, Irena Taib, Leaism, Loy Ekzan, Melina William, Luca Sickta, Prof. Madya Dr. Muhammad Sayyid Shafiee, Roshan Jamrock dan Wing Meng.

Pentas Akhir ALI2025 berlangsung di Proscenium Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre, Sunway Square Mall dengan penganjuran kali ini turut mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Rakan Muda (Rakan Muzik Presents) sebagai penyokong utama program. – KOSMO! ONLINE
==============================
Tahniah laa kat Langkasuka! Tapi gigih jugak time PKP tu tulis lagu. Ada energy malas2 jadi tak terkejut pun menang. Tengok IG depa, banyak fans ucap tahniah. Harap tak stop kat sini je.

 
wujud lagi ea AJL ni?

haha...dah tak follow. tgk tv pun jarang.

lagu2 skrg ntah apa apa
 
Back
Top
Log in Register