BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SAPP Keluar BN

makin tertekan BN ni...
makin menyerlah kuku besi BN...
 
orang UMNO nampak je senyum dan gumbira..

tapi dalam hati berkata.. "abis la aku. mcm mn nih?". :))

haha.. pejuang melayu la konon! melayu dua tiga kerat ada la!

kusam tahap gaban dah paklah..
entah 'button' aper lagi dia nak
tekan utk selamatkan gomen BN ni.:-?
 
SAPP Hanya Pengacau: Abdullah:-? :-?

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata sudah sewajarnya Parti Maju Sabah (SAPP) meninggalkan Barisan Nasional (BN) kerana mereka merupakan masalah di dalam parti.:-? :-?

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata SAPP disifatkan sebagai `pengacau' dan pemergian mereka harus dibiarkan.:o :o

"Mereka merupakan masalah dalam parti. Dia pengacau, biar dia pergi, tak apa," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Menteri-menteri Kabinet, Menteri-menteri besar dan Ketua-ketua menteri serta timbalan menteri di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari Rabu.:o :o

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SAPP meninggalkan BN dalam mesyuarat majlis tertinggi parti tersebut di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam mesyuarat selama empat jam itu, Ketua Parti, Datuk Yong Teck Lee bersama 30 anggota parti berkata bahawa mereka akan kekal sebagai parti bebas dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja khususnya berunding dengan parti-parti lain termasuk dari Pakatan Rakyat.:D :D

Yong berkata berkata, SAPP tidak akan memohon untuk menyertai Pakatan Rakyat sehingga tiba masa untuk SAPP kembali bersedia menyertai kerajaan.:-? :-?

Bagaimanapun, keputusan itu tidak diterima oleh dua Anggota Parlimen SAPP, iaitu Datuk Raymond Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden serta Au Kam Wah yang merupakan Anggota Parlimen Elopura.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata keputusan SAPP sememangnya sudah dijangka sejak awal dan bukan sesuatu yang mengejutkan.:eek: :eek: :(scam :(scam

Katanya parti itu, sebenarnya mengharapkan agar mereka diusir oleh BN, tetapi telah bertindak terlebih awal sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.:(scam :(scam

"Ini bagaimanapun tidak menggugat BN dan kita tidak perlu membuat apa-apa `post mortem'," katanya.:eek: :eek:

-- BERNAMA :)cgrock
 
SAPP Ucap "Sayonara" Kepada BN
:)cgrock
KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) -- Selepas menjalin "pakatan politik" yang agak baik dengan 13 sekutu lain dalam gabungan Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan kesatuan itu.:)cgrock

Banyak pihak menjangkakan SAPP, parti politik berasaskan kaum Cina yang terbesar di Sabah, akan tabah apabila berdepan dengan keadaan gawat sekarang supaya parti itu dapat bangkit semula untuk menikmati kuasa dan kejayaan di bawah naungan BN.:-? :-?

Sebaliknya, SAPP memutuskan untuk mengucapkan "sayonara", yang mungkin mempunyai kesan yang kecil ke atas BN di Sabah, terutamanya ekoran cakap-cakap mengenai Anggota Parlimen "yang akan melompat parti".:D :D :D

Tiada majlis perpisahan untuk mengucapkan terima kasih pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP hari ini, namun ia bertukar menjadi majlis bagi orang kuat SAPP untuk menuturkan kata-kata yang sangat buruk mengenai BN.:D :D

Ini tidak memeranjatkan selepas SAPP membuat kejutan pada 18 Jun dengan mengisytiharkan parti itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mendakwa BN telah kehilangan "semangat BN" dan sebenarnya BN yang mengabaikan rakyat, bukan sebaliknya.:)cgrock

Sambil membidas BN kerana gagal belajar daripada prestasi buruknya dalam pilihan raya umum 8 Mac, beliau berkata kenaikan harga bahan api serta peningkatan inflasi turut membebankan rakyat.:)cgrock

Timbalan Yong, Datuk Raymond Tan Su Kiah, yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk meninggalkan BN, berkata beliau akan membuat keputusan sama ada untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dalam tempoh 24 jam.:)

"Keputusan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi tengah hari ini bukan dibuat sebulat suara. Penyokong akar umbi harus diberi peluang untuk membuat keputusan mereka sendiri," kata Tan.

SAPP mempunyai dua Anggota Parlimen -- Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) serta empat Anggota Dewan Undangan Negeri -- Datuk Raymond Tan Suh Kiah (Tanjung Papat), Au Kam Wah (Elopura), Datuk Liew Teck Chan (Likas) dan Melanie Chia (Luyang).

Kecuali Raymond dan Au Kam Wah yang tidak menghadiri mesyuarat itu, anggota lain termasuk Melanie, iaitu Pembantu Menteri Kewangan, berdiri teguh di belakang Yong.

SAPP ditubuhkan dan didaftar pada 21 Jan, 1994 oleh satu kumpulan yang diketuai oleh Yong, bekas Ketua Menteri Sabah. Parti itu diwujudkan tidak lama selepas peletakan jawatan Yong daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) ekoran perselisihan faham dengan Presiden parti Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Penganalisis politik tempatan Lesaya Lopog percaya keputusan SAPP itu tidak akan mengakibatkan Anggota Parlimen BN yang lain membelot dengan menyertai pembangkang.:-?

"Memanglah ia akan mencetuskan reaksi tertentu tetapi tidak akan membawa kepada anggota yang membelot secara besar-besaran," katanya.:-?

Beliau berkata pengunduran SAPP daripada gabungan BN tidak akan menjejaskan kekuatan BN, terutamanya di Sabah."Pada masa ini, ia tidak mempunyai kaitan kerana BN amat kukuh. Bagi Sabah, BN mempunyai mandat untuk memerintah negeri ini," katanya.:-?

Lesaya berkata dengan ketidaktentuan politik di Sabah sekarang, masa depan SAPP masih samar-samar.

"Pemimpin SAPP kini lebih lantang menyuarakan masalah yang menjejaskan negeri ini dan semua isu yang pernah dibangkitkan oleh DAP serta PKR di Sabah kini diambil alih oleh SAPP, dan pandangan rakyat kini terarah kepada SAPP.

Iskandar Martin Gayo, pemerhati politik veteran, melihat keputusan SAPP sebagai lebih kepada strategi untuk memenangi semula sokongan rakyat selepas menyedari bahawa sokongan mereka, terutama di kawasan yang dikuasai kaum Cina, semakin merosot sejak pilihan raya umum 8 Mac.

"Saya fikir ini adalah perjudian politik yang datang dengan risiko yang amat besar. Bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk meyakinkan masyarakat Sabah untuk bersatu di belakang mereka. SAPP pada dasarnya memberitahu rakyat bahawa ia bersedia untuk perubahan," katanya.

-- BERNAMA:)cgrock
 
SAPP Hanya Pengacau: Abdullah

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata sudah sewajarnya Parti Maju Sabah (SAPP) meninggalkan Barisan Nasional (BN) kerana mereka merupakan masalah di dalam parti.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata SAPP disifatkan sebagai `pengacau' dan pemergian mereka harus dibiarkan.:o :o

"Mereka merupakan masalah dalam parti. Dia pengacau, biar dia pergi, tak apa," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Menteri-menteri Kabinet, Menteri-menteri besar dan Ketua-ketua menteri serta timbalan menteri di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SAPP meninggalkan BN dalam mesyuarat majlis tertinggi parti tersebut di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam mesyuarat selama empat jam itu, Ketua Parti, Datuk Yong Teck Lee bersama 30 anggota parti berkata bahawa mereka akan kekal sebagai parti bebas dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja khususnya berunding dengan parti-parti lain termasuk dari Pakatan Rakyat.

Yong berkata berkata, SAPP tidak akan memohon untuk menyertai Pakatan Rakyat sehingga tiba masa untuk SAPP kembali bersedia menyertai kerajaan.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak diterima oleh dua Anggota Parlimen SAPP, iaitu Datuk Raymond Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden serta Au Kam Wah yang merupakan Anggota Parlimen Elopura.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata keputusan SAPP sememangnya sudah dijangka sejak awal dan bukan sesuatu yang mengejutkan.

Katanya parti itu, sebenarnya mengharapkan agar mereka diusir oleh BN, tetapi telah bertindak terlebih awal sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

"Ini bagaimanapun tidak menggugat BN dan kita tidak perlu membuat apa-apa `post mortem'," katanya.

-- BERNAMA
haa.. kan aku dah cakap!!!

pandai tak aku?? :"> :">

dasar UMNO memang jelas ANGKUH & SOMBONG! bila bersama berabang sayang.. bila dah berpisah lantak pi lah!

scam tol politik diaorang nih! :(scam :(scam
 
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata keputusan SAPP sememangnya sudah dijangka sejak awal dan bukan sesuatu yang mengejutkan.

Katanya parti itu, sebenarnya mengharapkan agar mereka diusir oleh BN, tetapi telah bertindak terlebih awal sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

"Ini bagaimanapun tidak menggugat BN dan kita tidak perlu membuat apa-apa `post mortem'," katanya.
ayat2 yg sudah dijangka:

1. Tak terkejut
2. Biarkan saja
3. Tak perlu buat apa2. Tido lagi bagusszz..

zzzZZzzZz..
 
haa.. kan aku dah cakap!!!

pandai tak aku?? :"> :">

dasar UMNO memang jelas ANGKUH & SOMBONG! bila bersama berabang sayang.. bila dah berpisah lantak pi lah!

scam tol politik diaorang nih! :(scam :(scam

Ko memang power! Ada ramalan lagi?
 
Back
Top
Log in Register