Recommended!
Pernah tgk tak Law of Ueki?
Tentang beberapa orang yang terpilih untuk menerima kuasa ajaib dr calon dewa
yg membimbing mereka. Tujuannya, sbb ada satu pertandingan antara pemilik kuasa
terhebat untuk merebut satu kuasa yg dipanggil Blank Ability. Maksudnya bila dpt
Blank Ability, mereka boleh dapat apa2 kuasa yang mereka nak. Cuma ada
seorang saja pemenangnya. Seorang pelajar bernama Ueki dapat kuasa menukarkan
sampah kepada pokok. Prinsip Ueki adalah mencari keadilan sebenar.
Sepanjang perjalanan dia untuk mendapatkan Blank Ability, macam2 kejadian berlaku
pd Ueki dan kwn2nya dan daya penarik cerita ni adalah prinsip dan kenaifan Ueki.
Watak utama:-
Ueki:- Ketua Ueki Group. Pentingkan keadilan dan kawan-kawannya.
Baik hati tapi naif.Heavenly being(anak calon dewa yg dibuang ke dunia manusia).
Kuasa:-Tukarkan sampah kepada pokok. Kuasa dewa 10 bintang.
Ai Mori:-Kawan baik Ueki di sekolah. Kelam kabut. Selalu menyokong Ueki.
Kuasa:-Buat seseorang jatuh cinta pada cermin matanya. (hahahhahaa)
Sano:-Berkawan dengan Ueki sebab kagum dgn prinsip keadilan Ueki.
Tegas tapi tak berfikir panjang bila nak buat sesuatu.
Kuasa:-Tukarkan tuala kepada besi
Rinko:-Mula-mula dia ni musuh Ueki. Lepas dapat tahu dia ni dipergunakan, dia terus berkawan dengan Ueki yg menyedarkan dia.
Suka benda2 yang comel. Berfikiran logik. Selalu bergaduh dgn Sano sbb Sano selalu bertindak melulu.
Kuasa:-Tukarkan manik kepada bom.
Hideyoshi:-Mula berkawan dengan Ueki selepas Ueki tolong selamatkan anak-anak yatim yang dijaganya. Suka mengusik orang lain.
Kuasa:-Mengelirukan orang dengan gambar yg bercakap.(contohnya bila dia nak menyorok, dia gunakan gambarnya mengejek org utk pergi ke tempat lain)
Aku layan kat Animax, tapi kalau nak download kat bittorent pun ada. Tak check lagi kat Limewire ada ke tidak. Huhu..