BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,114.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sape cakap Kelantan tak maju?

Takder ker? kan kalu tulis jawi nati ckap ikut pas..hehe

Aku terlupa britau kat kelantan ada Akademik Penerbangan utk pilot2 kat aipot KB...dah ada kadet GAruda Airlines kat sini:D :D

Kalu sapa2 nak surf wifi..rata2 kedai mcm HAYAKI pun dah ada...lehlaa nak porex skaki


lagikan logo petronas macam bulan dulu pun diaorg kalut suh tukar..apa laaa tak pasal2 petronas habeh belanja wat tukar logo
 
Mari kita semua pakat balik dok klate la weh....
 
Mari kita semua pakat balik dok klate la weh....

kalau ikutkan mmg nak balik kelate..tp apakan daya ..rakyat luar yg bertugas di kelate pun tak nak balik negeri memasing huhuh punya laa mundur kelate neh yerkk..kalu gomen staff nak balik kelate mmg naya laa waiting list berapa byk ???
 
yang ni pulak... Tesco...

2304411437_ef07eb4cf5.jpg


2304410903_31699dcbfc.jpg


2305208250_f5bf51e055.jpg

Huhuhuhu..Tesco bukak cawangan kat Kelantan. Ingat senang2 ke nak bawak Tesco masuk bukak cawangan pasaraya kat mana2 negeri. Diorang ni jenama besar dari US mesti nak kena jaga standard pasaraya diorang. Diorang dah bukak cawangan kat KB maknanya diorang percaya dgn kerajaan negeri tok guru dan buat kerjasama perniagaan kat situ. Ini membuktikan yg syarikat luar percaya dgn kerajaan negeri dan berani buat pelaburan kat Kelantan sebab pengurusannya telus, tak rasuah, tak kenakan caj/cukai yg melampau.

Kalau dgr kata orang UMNO, dia kata syarikat luar takut nak melabur kat Kelantan sebab kerajaan negeri tak pandai tadbir urus negeri. Kahkahkahkahkah kahak ptui!!! Penipu.. Kalau sykt asing tak berani melabur kat Kelantan, kenapa boleh ada Tesco? kenapa boleh ada sykt2 asing kat KB Mall tu? dan ada beberapa projek yg sedang berjalan yg dilabur oleh sykt asing & tempatan jugak? Mungkin projek di Kelantan tak sebanyak projek spt negeri BN-UMNO lain tapi projek tetap ada, tetap berjalan, ekonomi tetap berkembang. Bodoh ar orang2 UMNO ni.

Aku pernah pergi ikut lawatan universiti tahun 1998 dulu masa cuti semester. Kitorang buat lawatan ke cawangan UM Nilam Puri sambil tu singgah ke pejabat kerajaan negeri. Masa tu tok guru takde pegi luar negara. Kitorang disambut mcm tetamu rasmi kerajaan pulak padahal cuma pelajar universiti jer. Macm2 maklumat berkenaan kerajaan PAS Kelantan. Masa tu pegawai rasmi yg sambut kitorang adalah setiausaha kerajaan negeri.

Salah satunya yg aku masih ingat ucapan penerangan dia, selepas PAS ambil-alih Kelantan pada tahun 1990, kerajaan UMNO-BN telah meninggalkan hutang dgn kerajaan persekutuan sebanyak RM700 juta lebih. Ini bermakna kerajaan PAS menanggung hutang RM700 juta tu dan bertanggungjawab bayar balik. Dengan keadaan kewangan yg terhad (sebab peruntukan belanjawan tahunan kerajaan pusat kpd negeri, telah disekat atau sekadar diberi separuh daripada peruntukan asal), kerajaan PAS terpaksa berhempas-pulas berusaha nak bangunkan negeri, rakyat di samping bayar hutang.

Salah satu sebab kegiatan ekonomi Kelantan perlahan adalah kerana, kebanyakan hasil negeri terpaksa digunakan utk bayar balik hutang yg RM700 juta lebih tu secara beransur selama bertahun-tahun. Jadi, kalau korang nak tau, selama 18 tahun kerajaan Kelantan berkuasa, hutang tu tetap terus dibayar sebab kerajaan tak nak rakyat Kelantan tanggung hutang yg banyak.

Johor adalah negeri yg paling bnyk hutang setakat tahun 2007 (lebih RM700 juta) mengikut laporan audit negara tahun lepas. Ada keluar dlm paper Berita hariaN. Silap2 boleh jatuh bangkrap Johor ni. Huhuuhuhuhuhu.... Kelantan dah jauh tinggalkan beberapa negeri BN dgn baki hutang yg tinggal beberapa puluh juta saja. Kurang RM15 juta tak silap aku.
 
Last edited:
skali pk alangkah bestnya kalau kelanran merdeka jd satu negara sendiri :D:D:D ... tanpa apa2 sekatan leh majukn terus negeri, naikkan minyak, lombong emas :D.... mesti leh jadi cam Brunai:D:D:D:D

yup..aku pun pernah terfikir gak..kan best klu kelantan kuar dr malaysia..jadi cam brunei n singapore..:D :D
 
sebut tentang perancangan ekonomi atau kewangan Kelantan... ini penerangan dari MB Kelantan sendiri....

Belanjawan Negara: Kelantan dizalimi berbelas kali

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Wed | Sep 19, 07 | 10:53:23 am MYT

Secara kebetulan, sewaktu bajet 2008 sedang dibentangkan, saya sedang mentelaah maksud Surah Al Ahqaaf Ayat 29 – 35 mengenai kisah serombongan jin.

Walaupun kesemua ayat-ayat ini cukup menarik, mari kita mukadimmahkan artikel ini dengan petikan Ayat Ke 29 surah berkenaan untuk renungan:

“Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaannya (lalu) mereka berkata: “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)”. Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.”

Belanjawan adalah satu pelan perancangan. Ia adalah “planning tool”. Dalam mana-mana pelan perbelanjaan untuk masa hadapan, tidak dapat tidak ia adalah pengisytiharan untuk memberitahu apa yang akan dilakukan di tahun seterusnya.

Ini projeknya dan ini jumlah wangnya. Di mana, untuk siapa dan faedah-faedah jangkaannya. Ini perkara biasa. Bagaimanapun, dalam asyik bercerita itulah, orang yang berada di atas boleh leka memukul canang bahawa ini dari saya dan itu dari saya untuk kamu kepada kamu.Ini yang saya fikir perlu diperbetulkan.

Mengagih-agihkan nikmat Allah

Sepatutnya dalam masa ucapan belanjawan, kita jangan dilihat putus dengan tali Allah Yang Maha Kaya dan Maha Memiliki seluruh Kerajaan Langit dan Bumi. Kita cuma perancang dan pengatur dalam meramukan apa jua anugerah yang sedia ada. Sehabis boleh kita dakwa hanyalah kita membuat penemuan.

Kita “discover” satu kaedah baru misalnya dalam mengagih-agihkan nikmat Allah SWT. Ini baru dinamakan syukur dalam erti kata yang sehabis asli.

Persoalan yang penting ialah sama ada belanjawan itu membawa keadilan atau tidak kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bulu?

Dimanakah misalnya faedah-faedah hiliran yang mungkin dapat dikutip oleh kontraktor-kontraktor kecil dari kek baru belanjawan 2008 yang bernilai RM159 bilion itu? Apakah nasib sebahagian penduduk Melaka yang diancam oleh kekotoran bau dan air najis khinzir boleh terbela dengan ucapan Belanjawan itu? Apakah langkah strategik untuk membendung kenaikan harga barang-barang yang boleh dijanjikan oleh belanjawan kali ini

Ertinya di sini, belanjawan harus berbicara dan berkomunikasi secara langsung dengan kehidupan dan hati nurani rakyat. Bertolak dari keadilan berasaskan Ayat 90 Surah An Nahl Allah SWT ada berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Ayat ini sangat dituntut oleh Allah SWT sehingga ia dibaca oleh semua Tok-Tok Khatib di Mimbar Jumaat secara mingguan.

Belanjawan Negara 2008 mesti mampu membuat “spiritual address” yang begini. Bersifat mesra kebajikan, berpaksikan keadilan. Adil pula bermakna meletakkan segala sesuatu sesuai dengan tempatnya.

Di Kelantan misalnya, apa erti belanjawan negara yang ada menyediakan sejumlah peruntukan tertentu untuk negeri ini tetapi ia ditadbir, diurus, dipantau dan dilaksanakan oleh JPP tanpa melalui Kerajaan Negeri.


Tentu semua orang boleh bersetuju bahawa Kerajaan Kelantan ini adalah sebuah kerajaan demokratik yang sah. Membuat “political bypass” melalui JPP adalah sebuah pencolekan kuasa (power hijack) atau coup de’ tat yang nakal dari pemilik khazanah di Pusat.


Kelantan dizalimi berbelas kali dalam belanjawan negara

Maka, tinggallah kami bermata putih, terkelip-kelip bagaikan tikus kurus yang cuma memerhati wang dan peruntukan, one-off dan subsidi lalu hilir mudik di depan tangga kami.

Tidakkah pembentang belanjawan negara sedar bahawa JPP yang diwujudkan di Kelantan telah meletakkan mercu tanda keangkuhan yang membibitkan pula penindasan, penyelewengan kuasa, pembaziran dan pertindihan fungsi?

Bagaimana boleh kita bayangkan seorang Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri yang sah tiba-tiba dinafikan hak untuk mengikuti perancangan dan mengikuti pemantauan pelaksanaan semua projek yang diatur didalam rumah tangganya.

Ini bukan berlaku setahun dua, bahkan sudah memasuki pusingannya bagi kali yang ke-17. Ia dikitar kezalimannya sudah berbelas kali.

Jika kami takdirnya salah, tolong jelaskan di mana salahnya Kerajaan Kelantan sekarang.

Salahkah dengan demokrasi atau dengan Islam sehingga semua peruntukan pembangunan daripada Pusat mesti diserahkan melalui JPP yang lengkap dengan kerajaan sendiri.

Sekali difikir-fikir, seakan-akan Kerajaan Kelantan yang ada ini tidak sah. Ia dibatalkan keabsahannya oleh Kerajaan Pusat melalui JPP.

Bagaimanapun, terkini, apa yang mula kelihatan ialah adanya sedikit kerjasama dan keterbukaan sewaktu bajet dibentangkan.

Kelantan juga turut merasai adanya cadangan-cadangan seperti mengadakan Universiti-Universiti, jalan-jalan raya termasuk Jambatan Kedua Sultan Yahya. Saya berharap, keterbukaan kedua-dua belah daun pintu ini akan dapat hidup subur, disegera dan dikekalkan.

Ia terbuka untuk meraikan kerjasama dan dapat dirapatkan semula jika keadaan memerlukan.

Keadilan bukan sahaja tuntutan demokrasi bahkan kewajiban Islam yang akan dibalas dengan syurga dan neraka.

~ Menteri Besar Kelantan

p/s: kesian Kelantan... tunggu lah Hari Pembalasan wahai pihak2 yang zalim!
 
Datanglaa...aku pun tak pindah kat klater lpas kerja stahun kat kl
tak tahan dgn barang mahal..pagi dah kna rm5 , jem pulak, org asing indonesia pun ramai lagi2 kat central market...
smua benda duit kalu kat kl..last2 aku pindah klater lpas berjaya interview sbagai akauntan kat sini...

dan start di klater..pagi2 aku rebat nasi dagang, nasi kakwok, nasi kukus..murtabak raja...tak sapai rm 3 skali dgn milo beng

naik keta g jalan2 kat tesco,kbmall..takpayah nak berjem2..relax

petang pulak ada masa g main futsal..court tenis kat kb...skrg pun byak gelanggang futsal dibuka..tak caya mailaa

dan malam2 pulak g masjid...masjid pulak saf2 penuh...kalu malam jumaat g kat tok guru ..pulau melaka..atau dusun raja, tablgih

kalu rasa nak cuci mata ..g jer kedai makan yg ada pelayan awek2 cun...hehe

kalu hujung bulan ...kadang2 g jugak kdai keta...modified apa yg patut..biaslaa ore kat sini suka modified keta...kalu tak caya cuba tgok stiap keta ada rim...modified

mcm tulaa kehidupan di sini...yg penting aku bolegh berbakti kpada mak ayah kat kg..slagi tuhan bagi peluang bersama..jgn kita sia2kan..nati merana kemudian ari..kerja boleh dicari..prinsip kawe

ps: smoga klater dibawah pas...nati bn ambik abis budak isap curut mcm awe adek:D :D :D

sebenarnya ini memang salah satu sebab yang buatkan aku terfikir untuk pindah ke Kelantan...

takde kasino atau tempat2 perjudian?
~ takpe lah.... itu bukan cara aku untuk dapat duit atau berseronok-seronok...

susah nak cari arak?
~ iskk... Nauzubillah... air kencing setan ni... hancing!

susah nak cari bohsia? nak romen2?
~ Iskk... tak pasal2 kena AIDS... lagi pun dah ada cara halal buat apa nak cari yang haram...

sebenarnya kat KB ni bukan lah takde tempat nak berhibur dan berseronok-seronok... ada... dan yang paling penting... selamat... bukan seronok2 macam disko atau main perempuan atau tempat minum arak atau tempat berjudi... tapi ada lah jugak pesta2 atau hiburan2 yang berunsurkan Islam... sesekali nak jugak berhibur kan?

lagi pun buat masa ni... keperluan asas untuk hidup seperti makan minum dan minyak tu yang lebih penting... dengan kos kehidupan yang murah kat Kelantan ni Insya Allah boleh lah kita jimat duit dan sekali sekala apa salahnya kita jalan2 melancong ke negeri2 lain di Malaysia... tak pun AirAsia kan ada? so leh lah gi oversea dengan penerbangan tambang murah kan?

2306917488_bd70be8f1e_o.jpg


2306917582_015b681c2d_o.jpg


apa? puak2 BN-UMNO ni ingat Nik Aziz ni jumud sangat ke?
 
Kelantan negeri berkebajikan.... syukran... syukran...

Kelantan rintis program kebajikan sejak 17 tahun lalu

Muhammad Yusri Amin
Sun | Feb 10, 08 | 5:35:53 pm MYT

NEGARA kebajikan yang bakal diketengahkan PAS dan Barisan Alternatif (BA) bukan sekadar angan-angan. Buktinya telah ada di depan mata. Usaha-usaha ke arah itu telah bermula di Kelantan sejak lebih 17 tahun lalu.

Dan tidak menjadi masalah besar sekiranya model serupa diketengahkan di peringkat negara, sekiranya rakyat memberi mandat kepada BA. Tidak salah lagi apabila dikatakan PAS telah lama menuju ke arah negara kebajikan.

Usaha awal dilakukan di Kelantan termasuk memperkenalkan Al Rahn (pajak gadai Islam) pada 1992. Ia banyak membantu rakyat miskin yang kesempitan kewangan. Ar Rahn dapat mengelakkan barang kemas yang digadai lesap begitu sahaja.

Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah) juga banyak membantu rakyat yang ditimpa sesuatu musibah. Mangsa-mangsa kebakaran, banjir dan ribut mendapat bantuan segera melalui tabung tersebut.

Kerajaan negeri menaik taraf guru-guru sekolah bantuan Yayasan Islam Kelantan (Yik) di mana bilangan guru tetap semakin ramai dan peruntukan tahunan ditambah.

Di Kelantan juga elaun tetap Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, anggota-anggota Exco dan Speaker dipotong sebanyak 20 peratus kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan dan lima peratus kepada PAS kawasan.

Elaun Menteri Besar dan timbalannya juga dipotong sebanyak 10 peratus kepada Perbendaharaan Negeri.

Menteri Besar juga tidak menggunakan peruntukan sebanyak RM30,000 setahun bagi menyediakan juadah Hari Raya. Selain itu Menteri Besar tidak menggunakan peruntukan berbuka puasa sebanyak RM15,000 setahun.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tinggal di rumah kerajaan di JKR 10. Agak menarik juga apabila lesen beca roda tiga dihapuskan. Cuti bersalin 60 hari dilaksanakan sejak 1997. Cuti dua hari seminggu pula dilaksanakan mulai 1 Januari 1996.

Hampir 100 perubahan yang dirintis kerajaan PAS di Kelantan semuanya mengambil kira aspek kebajikan rakyat. Ia telah dipraktik dengan jayanya sejak lebih 10 tahun lalu.

Dan kini elemen kebajikan disemarak lagi dengan adanya skim Takaful Warga Emas (Kifaalah) yang dilaksanakan mulai awal 2007. Kerajaan negeri mencarum sebanyak RM25 setahun kepada setiap 100,000 warga emas.

“Dan apabila mereka meninggal dunia manfaat yang diberi sebanyak RM2,500 iaitu RM500 dibahagi pada hari kematian. Sedangkan ketika mengisi borang pencarum hanya menandatangani sahaja,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC), Haji Zakaria Yaakub.

Beliau berkata, apa yang dilakukan kerajaan negeri sekarang sudah cukup jelas untuk memberi makna terhadap program kebajikan yang dimanfaatkan rakyat. Manakala skim Takaful Armalah pula dilaksanakan sejak 2006.

Zakaria yang juga Adun Kemuning berkata, peruntukan khas kepada armalah juga disediakan sebanyak RM80,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) setahun.

Pada Bajet Kelantan 2008 sebanyak RM2 juta disediakan kepada armalah. Jumlah itu tidak termasuk sumbangan untuk kebajikan dan pembangunan wanita sebanyak RM2 juta.

Selain itu sumbangan kebajikan orang bukan Islam dan Orang Asli sebanyak RM1 juta. Bantuan untuk anak yatim juga sebanyak RM2 juta.

Bantuan bekalan air dan elektrik kepada penduduk miskin sebanyak RM1 juta. Baja subsidi kepada petani yang disisih daripada mendapat baja cap dacing disediakan sebanyak RM3 juta.

Bagi rakyat yang ditimpa sakit kronik disediakan tabung khas berjumlah RM300,000. Bantuan kepada golongan orang kurang upaya bagi meningkatkan taraf hidup sebanyak RM800,000.

Tidak kurang dengan juga dengan program rumah dhuafat. Program itu dimulakan pada 2006 di mana sebanyak 45 rumah bernilai RM28,000 setiap satu dibina di seluruh Kelantan. Dan tahun lepas 90 rumah dibina untuk penduduk miskin yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM2.6 juta.

Penduduk miskin yang mahu membaiki rumah diberi bantuan sehingga RM5,000. Program kebajikan juga terserlah dengan adanya program Pembangunan Ladang Rakyat yang memberi dividen secara bulanan kepada penduduk miskin sebanyak RM200.

Peserta yang dipilih berpendapatan kurang RM530 sebulan. Lebih 2,000 penduduk miskin mendapat manfaat bantuan tersebut sejak diperkenalkan pada 2006.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, memerintah negara merupakan amanah yang wajib ditunaikan setiap pemimpin untuk faedah rakyat.

Pada manifesto bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12, PAS dan BA memberi jaminan akan menurunkan harga petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa.

Selain itu, menghapus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menawarkan sistem pembelajaran percuma di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran.

Perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan, rakyat miskin di kalangan warga emas akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka.

Kesusahan rakyat sama ada Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli tetap diambil kira.

Tema Manifesto PAS ‘Pengurusan Kekayaan Negara’ ternyata membuatkan Umno seperti cacing kepanasan. Ramai pemimpin Umno termasuk Timbalan Presiden, Dato’ Seri Najib Razak memperlekehkan usaha tersebut. Sedangkan ia sudah lebih 17 tahun tersaji di Kelantan.

Pelaksanaan Negara Kebajikan selaras dengan ajaran Islam yang mementingkan umatnya melakukan kebajikan, seperti firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah: 48: “Berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh)”.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, PAS membuat tawaran melaksanakan lebih banyak program kebajikan sekiranya berjaya menerajui pentadbiran peringkat persekutuan.

Seorang penduduk, Fauzi Muhammad, 50 dari Pasir Tumboh berkata, Kelantan sudah melaksanakan agenda kebajikan sejak lebih 17 tahun lalu.

“Kalau kita memerintah Malaysia, lebih banyak kita boleh buat untuk rakyat, bahkan sekarang pun banyak dilaksana kerajaan Kelantan ditiru negeri lain,” katanya.

Mohd Noor Mat Yajid, 40, dari Kota Bharu pula berkata, selepas pelbagai program kebajikan diperkenal kerajaan negeri kadar kemiskinan di Kelantan telah berkurangan.

“Hasil negeri ini dibahagi sama rata di kalangan rakyatnya tanpa mengira orang PAS atau Umno,” katanya yang juga seorang pendidik.

Noraini Husin, 47, berpendapat kebajikan rakyat hanya benar-benar menjadi kenyataan apabila pemimpinnya orang beragama seperti berlaku di Kelantan sekarang.

Tengoklah apa yang berlaku terhadap wang bagi program pembangunan rakyat termiskin (PPRT) sehingga RM36 juta lesap begitu sahaja angkara pemimpin yang tidak amanah.- mj
 
Alhamdulillah...bestnya Kelantan dibawah pemerintahan PAS...Takbir3x:)
 
Fakta tentang Dinar Emas yang diperkenalkan oleh PAS di Kelantan ( 1 )

Siri Dinar Emas Kelantan (1):

Sebagai forex trader tentu ramai yang berminat tentang isu Dinar Emas ni... tapi ramai jugak yang masih tak faham dan tak nampak apa kelebihan Dinar Emas ni... oleh itu saya akan cuba dapatkan berita2 berkenaan Dinar Emas ni untuk dikongsikan bersama...

Kelantan lancar dinar emas 20 September (2007)

Wajdi Mayusoh
Wed | Sep 06, 06 | 1:24:35 pm MYT
KOTA BHARU, 6 Sept (Hrkh) – Penggunaan Emas Dinar Kelantan sebagai langkah permulaan bagi memperkenalkan semula dinar dan dirham dalam sistem ekonomi di negeri ini akan dilancarkan 20 September ini.

Pelancaran itu akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ini di perkarangan Hotel Ansar kira-kira jam 2.30 petang.

Sebelum itu pada sebelah paginya akan diadakan seminar Emas Dinar Kelantan di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana.

Jurucakap penganjur berkata, pada hari tersebut juga Emas Dinar Kelantan akan dikeluarkan dan dijual kepada orang ramai melalui cawangan mini Ar-Rahn yang dimiliki Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Dinar emas boleh digunakan sebagai simpanan atau tabungan, mahar mas kahwin, pembayaran zakat dan sebagainya.

Pada Mei lalu Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menjelaskan kerajaan Kelantan bercadang menggunakan nilaian dinar emas bagi kemudahan rakyat menyimpannya.

Nilaian dinar tidak akan susut berbanding mata wang biasa yang sentiasa berdepan dengan spekulasi antarabangsa. Kelantan akan menjadi negeri pertama di negara ini menggunakan dinar dan dirham.
 
Back
Top
Log in Register