BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sape boleh tengok sampai habis mmg power

Kumpul saham akhirat katanya
Abis semua tonggeng agama ni 😂

——-
Vida ajak orang ramai kumpul saham akhirat

DATUK Seri Vida.

Kuala Lumpur: Penghasilan single dan video muzik (MV) lagu Ku Ikhlaskan nyanyian Datuk Seri Vida, 51, adalah satu usahanya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan pusat tahfiz miliknya iaitu Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, dia mahu mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

"Lagu dan MV ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan pusat tahfiz selain ingin menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.


"Ditambah pula kita tidak lama lagi bakal menyambut Ramadan, jadi saya kira ini peluang untuk kita menambah dan mendapatkan pahala berganda sekali gus diberkati Allah SWT. Selepas menghayati lagu dan menonton MV ini, besar harapan saya agar orang ramai, peminat dan sesiapa saja dapat menderma supaya tercapai segera hasrat saham ilmu dan amal kebajikan ini," katanya.

Lagu dan MV Ku Ikhlaskan yang dilancarkan di saluran YouTube DSV Entertainment jam 3 pagi, hari ini, sudah mencecah lebih 420,000 tontonan.

Menurut Vida, lagu ciptaan Amy Ukays bersamanya dan lirik tulisannya itu bukan sekadar luahan kisah peribadi, tetapi sarat dengan emosi duka lara yang dialaminya.

"Dalam lagu ini saya mahu menyampaikan keperitan, kehilangan, kecaman bertubi-tubi yang saya hadapi selama ini. Bayangkan selama ini sekecil perkara membabitkan diri saya diambil kira dan diperbesarkan hingga tular malah ada yang mencetuskan kontroversi. Pendek kata, sebesar hama pun diambil kira," katanya.

Lagu Ku Ikhlaskan yang diedarkan oleh syarikat rakaman 17 Eleven Music menjalani proses rakaman selama 10 hari.

MV yang mendapat sentuhan pengarah Kel Wen itu menelan kos RM400,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.
[b{
Bagi yang ingin membantu, sumbangan boleh dibuat ke nombor akaun 5080 2100 2954 (Maybank) atas nama DARUL TAHFIZ DS VIDA.[/b]
 
kau orang ni datuk seri tu buat kerja amal lah.....support lah sikit not bad apa suara dia........kalau nak banding dgn ara johari yang muda mana sama..........datuk dah 51 tahun tu.......tapi kalau hero dia zul ariffin memang lagi win.
 
torrent ada apa takut .. yang pakai lebih 40" nganDolby tu usah kisah ..kikikiki, dah download dah, siap alih bahasa .. :P

1659006208616.png

1659006217439.png
 
torrent ada apa takut .. yang pakai lebih 40" nganDolby tu usah kisah ..kikikiki, dah download dah, siap alih bahasa .. :p

1659006208616.png

1659006217439.png

tn XM silap thread ye :D
yg ni kena diletakkan kat thread berikut



atau kat sini


 
tn XM silap thread ye :D
yg ni kena diletakkan kat thread berikut



atau kat sini



oh maaf .. ada 2 topik saya buka, tersilap parking, terima kasih CMM untuk tegur :)
 
Back
Top
Log in Register