BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Sapa pegang sapa dulu? gaduh pasal parking

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201


Katanya gaduh pasal parking..

Video ➡️ media sosial
 
pengaruh mediasosial pun ye jugak..bile berlaku bende macam ni org pun komen "kenapa x buat mcm ni" "kalau aku memang aku buat macam ni" dan sebagai nya...
 
zmn skrg ada pertelingkahan atau tak puas hati, keluar phone dulu masuk video mode hahaha.

dari nombor plet dan percakapan, kat penang atau kedah rasanya ni.
 
zmn skrg ada pertelingkahan atau tak puas hati, keluar phone dulu masuk video mode hahaha.

dari nombor plet dan percakapan, kat penang atau kedah rasanya ni.
penat org sekarang ni...semua benda nak rekod.....kalau lelaki buat mcm ni aku anggap jenis pondan...sebab gentleman akan bincang elok elok....jarang dah jumpa org melayu jenis gentleman ni...ramai ajenis memekak mcm itik bertelur je
 
...dan macam tu lah ceritanya abah berkenalan dgn mak kau..
 
2 wanita ditahan polis angkara bergaduh rebut parkirNur Izzati Mohamad

[email protected]

Kepala Batas: Dua wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung video tular pergaduhan dipercayai kerana berebut petak meletak kenderaan di sebuah pasar raya, di sini.Penahanan kedua wanita berusia 25 dan 38 tahun itu dibuat semalam, sejurus dua wanita berkenaan membuat laporan polis pada Isnin dan Selasa lalu berhubung insiden terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di kawasan letak kenderaan sebuah pasar raya di sini."Punca kejadian adalah disebabkan perasaan tidak berpuas hati dengan perebutan tempat parkir," katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi laman sosial Facebook (FB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam."Dalam pada itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian mewujudkan apa-apa komen dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya atau mengugut atau mengganggu orang lain.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nursyahirah Sarahani di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau tampil ke balai polis bagi membantu siasatan," katanya.Kelmarin, tular satu rakaman video berdurasi 25 saat memaparkan dua wanita bergaduh serta mengeluarkan perkataan kesat dipercayai berpunca daripada berebut parkir di sebuah pasar raya.Disiarkan pada: Ogos 2, 2024 @ 4:03pm

#harianmetro
 
Back
Top
Log in Register