Baiklah saya cerita serba sedikit yang saya ingat.Nanti saya tambah lagi kalau ada yang tertinggal.
Pemakanan
Yang ni kena tegas. Pesakit stroke kena jauhkan daripada makanan berais atau sejuk(Contohnya air yang diletak ais kiub), berlemak ( Contohnya nasik lemak dan yang seangkatan ), berminyak (Contohnya ayam goreng ), berangin ( Contohnya buah-buahan seperti dokong dan sayuran seperti kangkung . Digalakkan makan makanan stim, rebus, kukus dan kurang perisa tambahan. Waktu makan juga kena diawasi. Makan ikut masa dan jangan makan berlebihan.
Moral
Kita sebagai waris pesakit stroke juga akan merasai atau simpati pada pesakit. Walaupun begitu, jangan benarkan pesakit terlalu ikutkan sakit. Mahu atau tidak, kena melawan. Pesakit akan mudah rasa lesu dan hanya mahu baring sepanjang masa. Sebenarnya bila kita ikutkan sangat, stroke yang dialami akan terus mencengkam pesakit dan bila dah dikuasai peluang nak sembuh kepada keadaan yang lebih baik amat tipis. Saya syorkan pesakit dipimpin untuk berjalan. Biar walaupun anggota terlibat masih kaku.Paksa mereka untuk melawan dalam hati dan buat. Memang akan memakan masa yang lama untuk dapat lihat perkembangan positif. Jangan dimarah pada mereka sebaliknya tegur dengan teguran yang memberi pembakar semangat pada mereka untuk melawan sakit dan fikir yang positif. Pada peringkat awal , mereka akan hilang semangat dan bersedih sepanjang masa. Kita sebagai waris kena jadi semangat kepada mereka dan terus beri semangat. Biarlah awal2 bertatih seperti budak kecik, jalan pegang dinding, bertongkat, bertatih, dan kemudian cuba berjalan sendiri sambil diawasi waris. Ingat, jangan sampai mereka jatuh.