BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanggup redah api selamatkan adik

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
rumahko_1536229622.jpg

Nor Izat (kanan) bersama Nor Ain Hawani melihat basikal miliknya yang hangus dalam kebakaran yang membababitkan 12 pintu rumah kongsi pekerja di Kawasan Industri Gua Musang, hari ini. FOTO - Ramli Ibrahim







SEORANG kakak bertarung nyawa meredah api menyelamatkan adiknya yang sedang tidur di dalam bilik rumah kongsinya di kilang papan di Kawasan Industri Gua Musang, hari ini.

Bagi Nor Izati Baharil, 14, ketika itu yang penting adalah nyawa adik bongsunya, Nor Ain Hawani, 5, yang sedang tidur dan tindakan itu ternyata tepat.

Hanya lima minit selepas dia menyelamatkan adiknya keluar dari rumah itu, kediamannya hangus terbakar dalam kejadian 8.30 pagi itu.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Nor Izati berkata, semasa kejadian dia berada di rumah bersama dua adiknya.

Katanya, bapanya, Baharin Mokhtar, 45, pergi ke stesen bas di bandar Gua Musang menghantar emak menaiki bas ke Kota Bharu.

“Saya terkejut apabila melihat api dari rumah jiran marak dan merebak ke rumah kami dan segera menyuruh adik lelaki, Mohd Aidil Idham yang berusia 11 tahun, keluar menyelamatkan diri.

“Saya segera masuk ke dalam bilik bagi menyelamatkan Nor Ain Hawani yang sedang tidur dan meredah api ketika berlari keluar rumah.

“Ketika itu, saya hampir lemas menghidu asap tebal dan api sedang marak, tetapi terpaksa kuatkan semangat berdepan risiko dan bersyukur kami semua selamat,” katanya.

Berikutan kejadian itu, 12 pintu rumah kongsi pekerja kilang papan terbabit hangus sama sekali.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Anuar Abas, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.58 pagi.

Beliau berkata, 15 anggota dan tiga jentera bergegas ke lokasi dan berjaya memadamkan kebakaran dalam masa 30 minit.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/374859/redah-api-selamatkan-adik





.
 
Bagusnya kakak... Jaga adik dengan baik. Semoga dipermudahkan
 
alhamdulillah....ajal masih belum sampai
 
kecik2 dah ada keberanian gitu..
kalau kita yg dewasa ni pun belum tentu nak redah api..
time becinta je la berani ckp "ku sanggup redah lautan api"..
tapi buatnya tidak :))
 
boleh tahan basikal budak pompuan ni...basikal lajak
 
kecik2 dah ada keberanian gitu..
kalau kita yg dewasa ni pun belum tentu nak redah api..
time becinta je la berani ckp "ku sanggup redah lautan api"..
tapi buatnya tidak :))

betul..hebat kakak dia...
umur 14...sanggup gadai nyawa redah api tolong adik dia..
org2 bercinta tu sembang je lebih..minyak masak merecik pun terjerit-jerit..
ade hati nk redah lautan api...:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register