BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samun, Langgar Kereta Mangsa

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
28.07.2023 - Tidak hanya menyamun, dua lelaki turut melanggar kereta mangsa menggunakan lori sehingga remuk di Jalan Utam Singh, di sini hari ini. Dalam kejadian 5.40 pagi itu, suspek melarikan telefon bimbit dan dompet milik dua mangsa, menyebabkan kerugian kira-kira RM5,000. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 6.30 pagi di kawasan parkir hadapan sebuah restoran di laluan berkenaan.

"Mangsa adalah dua lelaki berumur 26 tahun dan 29 tahun. Ketika kejadian, kedua-duanya sedang minum di dalam kereta di kawasan parkir itu. Siasatan awal, dua suspek yang menaiki lori dikatakan menegur mangsa, sebelum berlaku perselisihan faham hingga tercetus pergaduhan. Suspek kemudian merampas dua telefon bimbit, kunci kereta dan dompet milik mangsa sebelum melanggar kereta itu dan melarikan diri," katanya.

Menurutnya, polis sedang mengesan suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Saufi Malik di talian 011-20625464 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222.​

1690535347332.png

 
Back
Top
Log in Register