BTC USD 83,470.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samun dan Bakar Rumah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KAJANG: Samun dan bakar rumah dipercayai antara taktik terbaru digunakan penjenayah bagi menghilangkan kesan serta bukti kegiatan pecah rumah yang dilakukan mereka.

Bagaimanapun, taktik terbabit hampir meragut nyawa empat beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) apabila rumah mereka dibakar ketika tidur nyenyak dalam kejadian Ahad lalu.


Dalam kejadian di Taman Tasik Semenyih, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi itu, keluarga terbabit yang tidur di bilik tingkat atas terjaga selepas mendapati bekalan elektrik di rumah terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur asap tebal memenuhi tingkat bawah rumah.

Mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata dia bersama suami, Mohd Asron Nizar Othman, 35, panik dengan kejadian itu dan bagi menyelamatkan diri dan dua anak termasuk anak bongsu yang juga OKU, Mohd Mualim, 3, mereka terpaksa terjun dari tingkap sebelum disambut penduduk kampung yang sedar kejadian itu.


“Saya tersedar apabila elektrik terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur, saya lihat asap tebal di tingkat bawah. Saya dan suami mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung.


“Pada mulanya kami menyangka kebakaran berlaku akibat lintas pintas, tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya di tingkat atas hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar,” katanya.

Difahamkan, sejak awal tahun ini, empat kes dilaporkan dipercayai menggunakan taktik sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, ketika dihubungi berkata, beberapa kes yang dilaporkan berkenaan setakat ini hanya dakwaan pemilik rumah, namun siasatan lanjut dijalankan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4beranaknyarisrentung/Article/index_html
 
ni mesti pendatang punya keje...area semenyih ni kan banyak kawasan perumahan baru/dlm pembinaan.
siap bakar rumah tu....****** punya perompak.
 
risau tgk berita ni smlm..dah la dekat2 umah aku je..
 
Macam-macam jenayah sekarang ni....

Makin teruk jadinya.... :-?
 
dah la kena samun kena pulak rumah dibakar..
 
Mmg kurang ajar r prompak2 ni...ni semua atas desakan hidup r ni...semuanye naik..gaji x cukup..merompak lah caranye dpt duit senang...
 
dh mcm mafia dh nih..makin menjadi2.plg merisaukan pati yg terlalu ramai skrg.sudah2 la amik pekerja asing.
 
Mmg kurang ajar r prompak2 ni...ni semua atas desakan hidup r ni...semuanye naik..gaji x cukup..merompak lah caranye dpt duit senang...

btol tu..tapi mmg kurang ajar betul ar....sampai bakar...
 
Back
Top
Log in Register