BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samun 11 dulang emas RM1 juta

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_02.1.jpg


ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan rapi dalam kedai emas yang disamun di sebuah pasar raya di Batu Caves, Gombak semalam.

GOMBAK - Dalam tempoh tidak sampai lima minit, sekumpulan tiga penjenayah yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan 11 dulang emas yang dianggarkan bernilai RM1 juta dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di pasar raya besar Giant di Batu Caves di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, suspek mencederakan seorang pengawal keselamatan kedai emas tersebut dan merampas selaras senapang patah serta dua butir peluru hidup.

Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berusia lingkungan 50-an itu sedang mengawal di ruang pameran barang kemas yang terletak beberapa meter dari premis emas tersebut.

Selepas mencederakan pengawal keselamatan itu, ketiga-tiga suspek yang memakai cermin mata hitam dan topi kemudian mengheret lelaki itu masuk ke dalam kedai emas dan mengarahkan pekerja-pekerja premis itu memasukkan barang kemas ke dalam beg yang mereka bawa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, selepas mendapat habuan, ketiga-tiga suspek terbabit melarikan diri melalui pintu tengah pasar raya tersebut.
 
astagfirullah.....samun lg. malaysia memng tak selamat skrg~
 
Ramai org pun samun
 
perghh!!!aritu baru COD dgn customer perfume kat sini..next time kena g tmpt lain COD...iisshhhhh...
 
Apa kat polis?Negara Malaysia masih selamat ?
 
Baru2 ni kat carrefour seberang jaya, penang.

Suasana yg agak membimbangkan org ramai, kalau penjenayah tu buat tembak koboi, bahaya.
 
Back
Top
Log in Register