ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Dong Yong (tengah) bersama empat personaliti iaitu (dari kanan) Wak Doyok, Karena Teo, Alia Bastamam dan Lawrence Wong.
SAMSUNG Malaysia Electronics (Samsung) yakin akan menerajui pasaran Malaysia bagi segmen telefon pintar berikutan permintaan yang tinggi di negara ini.
Ketua Pemasaran Produk Perniagaan Mudah Alih Samsung Elektronik, Luke Au Kuan Yew berkata, Samsung mempunyai pasaran yang baik di Malaysia berdasarkan kepada sejarah dan pelanggan di negara ini yang menghargai setiap produk keluaran Samsung.
“Malaysia adalah pedagang yang menghargai peranti Galaxy dan menyebabkan Samsung sentiasa berusaha memberikan peranti yang terbaik kepada pengguna di negara ini.
“Kami menjangkakan peranti baharu ini, Samsung Galaxy Alpha akan memenuhi keperluan dan menepati gaya hidup pengguna di negara ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Samsung Galaxy Alpha di Malaysia, semalam.
Menurutnya, produk baharu itu yang saiz 4.7 inci dan harga RM1,899 akan menjadi tumpuan pengguna.
“Samsung mentakrif semula reka bentuk telefon pintar dengan paparan terbaharu yang bercirikan teknik reka bentuk canggih dan pembinaan padat," katanya.
Sempena pelancaran peranti baharu ini, Samsung Malaysia menawarkan jam tangan pintar Gear 2 secara percuma kepada 100 pembeli pertama Galaxy Alpha di lokasi terpilih.
Luke berkata, antara lokasi yang menawarkan Gear 2 percuma termasuk Samsung Experinece Store di pusat membeli-belah The Gardens Kuala Lumpur, Samsung Experinece Store di Gurney Paragon Pulau Pinang dan Maxis Centre KLCC.
Sementara itu, Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong berkata, Galaxy Alpha memberi tumpuan kepada kedua-dua keindahan dan fungsi menggabungkan bingkai logam yang menakjubkan dan langsing, reka bentuk berat badan yang ringan dengan perkakasan berkuasa sama dan ciri-ciriyang pengguna inginkan dari peranti mudah alih.