BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samsung Lancar Monitor, Kamera Sokong Windows Hello Terbina

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Samsung ialah syarikat yang menerajui pasaran televisyen pintar. Akhir-akhir ini penawaran monitor untuk komputer mereka berkembang dengan model pintar dilengkapi sistem operasi Tizen. Hari ini Samsung Webcam Monitor S4 pula dilancarkan dengan kamera web terbina.

Samsung-Webcam-Monitor-S4-B-950x535.jpg.webp


Kamera web sebesar 2MP dan pengimbas infra-merah diletakkan pada bahagian atas monitor dengan mekanisme pop naik. Untuk privasi ia boleh ditekan ke bawah untuk menyorokkannya dari pandangan. Dengan kamera yang sama sistem imbasan wajah Window Hello juga disokong membolehkan nyahkunci dilakukan dalam masa dua saat.

Skrin pula sebesar 24″ IPS LCD dengan sokongan resolusi maksimum 1,920 x 1,080 pixel. Terdapat pembesar suara dan mikrofon terbina juga pada Samsung Webcam Monitor S4 yang memudahkan proses menyertai telesidang di atas talian. Ia juga mempunyai tiga port UBS-A, 1x HMDI dan 1X Display Port 1.2. Ketinggian, sudut dongakan, putaran skrin sehingga menegak dan putaran leher monitor juga boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna. Samsung Webcam Monitor S4 dijual pada harga $319 (~RM1323) sebuah.​
 
Back
Top
Log in Register