BTC USD 117,686 Gold USD 3,353.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendatang Baharu, Neotez Lancarkan 3 Monitor Dari Saiz 27" Hingga 34" Bermula RM799

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,240
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,240
Reaction score
4,135
Points
661
Awards
1
image-1.jpg




Neotez, jenama dari Australia kini telah secara rasmi menjengah pasaran Malaysia dengan penawaran monitor siri Aquila yang hadir dalam 3 saiz.

Neotez-AQUILA-34-1200x675-1.jpg




Neotez AQUILA 34 Gaming Monitor mempunyai saiz 34 inci ultra lebar dengan panel LCD lengkung bersama resolusi 3440 x 1440. Ia juga mempunyai tahap lengkuangan 1500R dilengkapi teknologi Adaptive Sync. Sesuai untuk dimainkan permainan video, masa tindak balas (response time) pada monitor ini pula serendah 1ms. Ia merangkumi 99% daripada ruang warna sRGB dengan 93% DCI-P3 dan HDR400 dalam memberikan paparan terbaik.

Selain itu, panelnya mempunyai teknologi Anti-Glare untuk mengekang silau dan skrin bebas kelipan (flicker). Untuk sambungan, ia datang dengan port HDMI 2.0, dua port DisplayPort 1.4 dan port audio 3.5mm.

Neotez-AQUILA-27-1200x675px.jpg


Dalam siri Aquila juga, saiz yang lebih kecil juga tersedia iaitu saiz 24 inci dan 27 inci. Menggunakan panel IPS beresolusi FHD dan QHD. Kedua-dua saiz ini juga mempunyai kadar segan 165Hz seperti saiz 34 inci dan disediakan Adaptive Sync. Aquila 24 dan Aquila 27 ini mampu memaparkan warna sRGB dengan liputan 100%.

Bagi anda yang akan membelinya, jangan lupa menuntut arm monitor siri SAGITTA untuk setiap pembelian.

Sekarang, Neotez sedang mengadakan promosi dengan diskaun bermula RM100 untuk setiap monitor.



  • Neotez AQUILA 24 (FHD) - RM899 RM799
  • Neotez AQUILA 27 (QHD)- RM1,549 RM1,399
  • Neotez AQUILA 34 (UWQHD) - RM2,099 RM1,899
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register