BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Samseng' Afrika serang polis

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
samseng_1564193261.jpg








ANGGOTA polis cedera selepas diserang sekumpulan lelaki Afrika ketika serbuan di pangsapuri dekat Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Dia yang dipukul, dipijak dan ditumbuk pada muka mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama pasukannya membabitkan seorang pegawai dan dua lagi anggota menyerbu lokasi itu selepas terima maklumat berkaitan kes penipuan pada 10.50 malam.

“Pasukan membuat pemantauan selama beberapa minit, sebelum mengetuk pintu namun tidak diendahkan penghuni. Pintu kemudian dipecahkan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat tiga wanita dan dua lelaki Afrika di dalam rumah itu. Pasukan memperkenalkan diri dan meminta dokumen pengenalan diri warga asing terbabit.

“Bagaimanapun mereka enggan dan mula bertindak agresif. Ketika ketegangan cuba diredakan, muncul sekumpulan lelaki Afrika di hadapan pintu rumah menjerit, memaki dan mengarahkan polis beredar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber berkata, kumpulan lelaki itu turut membaling botol, kayu dan selipar ke arah polis sebelum menyerang tiga anggota di luar rumah, manakala pegawai ditolak masuk ke dalam rumah.

Katanya, dalam kekecohan itu, lima suspek yang berada di dalam rumah sempat meloloskan diri.

“Seorang anggota cuba menahan suspek tetapi dia dipukul dengan laci meja selain dipijak dan ditumbuk di muka. Pegawai turut mengeluarkan pistol untuk meredakan keadaan namun, dia diugut.

“Dia kemudian menghubungi bilik gerakan untuk bantuan, yang tiba pada 12.01 tengah malam. Susulan itu, lima suspek dan sekumpulan lelaki Afrika melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, selain cedera, tiga anggota kehilangan dompet, telefon bimbit dan kunci motosikal dipercayai dicuri kumpulan warga asing itu.

Laporan kemudian dibuat di Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya berjaya menahan 10 warga Afrika berhubung kejadian itu.

“Semua suspek terbabit direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 160 dan Seksyen 335 Kanun Keseksaan,” katanya.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/479894/samseng-afrika-serang-polis








.
 
Nasib baik Tun M overruled Kula. Kalau tidak lagi ramai lah si gagak hitam ni
 
polis malaysia lembik ke.. hahaha... malulah
 
biasa lah.. sebab nila setitik satu Melaysia negro kn la jap lagi....
itu stail kita ...repeat mesti repeat nye.. silap2 rupa bangla mcm negro pn kena nnti ..
jgn kasi muka..
 
Jangan main2, sekali kula sergah.. Tercirit abg2 tu nanti... Black people black world
 
Pelik cerita now pi pun 3 org.....niat dh lain tu....tp depa ja tau apa niat depa kan.....negro memang xleh bg muka....jadi mcm nie la
 
Back
Top
Log in Register