BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sampai Hati Penyamun curi Lembu

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Sampai hati penyamun itu buat begini'

SEORANG penternak di Taman Murni Perdana, Paka kerugian hampir RM15,000 apabila tujuh lembu miliknya hilang, didakwa dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Sukari Awang, 55, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu apabila melihat kandang lembunya kosong pada 6.45 pagi kelmarin dan percaya pencuri itu bergerak secara berkumpulan.

"Saya sangat sedih apabila lima lembu betina dan dua lembu jantan yang berusia antara setahun hingga tiga tahun hilang.

"Sampai hati penyamun itu buat begini kepada saya," katanya ketika ditemui, hari ini.

Sukari berkata, kali terakhir dia melihat ternakannya pada 10.45 malam Rabu sebelum pulang ke rumahnya.

Katanya, dia percaya ternakannya dicuri berdasarkan kesan tayar kenderaan di kawasan kandang selain menemui aksesori kereta yang tertanggal.

Lebih dikesalinya kerana kejadian itu adalah insiden ketiga yang dihadapi selepas Februari lalu yang menyebabkan lima lembu hilang.

Dia turut membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

 
sedih baca kisah mcm nie...
berusaha lah mencari rezki halal....
 
hrp pihak berkuasa serius menyelesaikan kes ni.. dah 3 kali tu..
 
malaysia ni apa pun tak boleh, ramai sangat penyangak, dalam kerajaan pun ramai.
 
Back
Top
Log in Register