BTC USD 84,537.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Samak" Kenderaan

rakyatmalaysia

Active Member
Messages
1,844
Joined
Jul 6, 2008
Messages
1,844
Reaction score
75
Points
30
Salam semua warga CG, saya ada satu kemusykilan kat sini, isunya timbul bila salah seorang kawan saya membeli kereta terpakai dan pemilik sebelumnya adalah seorang berbangsa Cina. Ketika dia pergi tengok kereta tu first time kat kedai, kereta tu belum basuh lagi dan ada nampak macam bulu2 binatang pada lantai karpet kereta disyaki mungkin bulu anjing.

So tertanya-tanya jugak, adakah perlu 'samak' kereta tu dulu sebelum guna? Yelah, mana tau pernah anjing peliharaan kencing ke, berak ke, apa ke, so mendatangkan was-was pada dia.

Kalau leather seat maybe boleh la kita samak, tp kalau seat biasa camne?

Kalau perlu 'samak', bagaimana caranya? Perlu ke guna air lumpur jugak?

Tanya member ada cakap kalau was-was baik 'samak' tapi bila saya tanya caranya dia tak tau.

Ada juga yang berpendapat adalah lebih baik 'samak' kereta tu dan lepastu mandikan kereta dengan air solat hajat.

Sesiapa ada pengetahuan harap boleh kongsi di sini, adab2 beli kenderaan, doa2 atau sebarang yang disarankan dalam Islam jika memiliki kenderaan baru. Saya dahulukan dengan TERIMA KASIH.
 
Last edited:
ni yg pening kepala ni, x-owner confirm ker ader bw masuk anjing dalam keter tu pasal tak semua cina/india suka kat anjing ni... cara aku pun tak tau mcm mn...
 
Mungkin soal jawab ni leh dijadikan rujukan.

Saya ingin bertanya hukum bagi keadaan berikut, saya bekerja di klinik haiwan di mana adakalanya dikunjungi oleh anjing. saya perlu memegang anjing bagi merawatnya. saya mengunakan sabun taharah untuk samak. soalan saya bagaimana pula lantai , meja serta peralatan yg bersentuhan dengan anjing tersebut? perlukah disamak?..adakah barangan lain seperti pen kertas dsbgnya yang di sentuh oleh tangan saya yang belum disamak juga perlu di samak????.. saya pernah diberitahu sebelum ini saya hanya perlu samak bahg yg kena anjing sahaja contonya samak tangan yg memegang anjing sahaja bukan alat2 yg dipegang dgn tangan yg belum di samak. terima kasih

Jawapan

Sekiranya anjing yang dipegang tersebut kering dan diri anda juga kering, ia tidak wajib disamak melainkan salah satunya basah, maka wajib disamak anggota yang terkena anjing tersebut. Manakala bahan-bahan lain yang terkena anjing tersebut jika basah apabila tersentuh anjing tersebut, maka ia wajib disamak, tetapi sekiranya kedua-duanya kering , tidak wajib disamak."

Sumber: http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=225&kateg=0
 
sifat najis: balik pada asas: ada bau, warna & rasa....

sekarang cuba lihat....ada tak salah satu sifat2 di atas?
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register