cadangan:
-belajar paling berkesan ialah melalui pengalaman. trade guna duit yg kita tak pakai, elakkan guna duit yg perlu spt ptptn, duit mkn, duit tepon etc. rules ni boleh digunapakai setiap masa tak kira kita student, pekerja, bos atau lain2 level. elakkan trade sebab nak cepat kaya, biasanya binasa.
-takde modal pun boleh belajar trade, rajin2 baca web2 cara nak trade, fahami asas trading, trade guna demo account dulu sampai jumpa sistem yg berkesan dan profitable utk sekurang2nya 2-3bulan. mungkin nak jumpa sistem camni makan masa 2-3tahun, terpulang pada individu.
-setiap individu punyai sistem berkesan yg berbeza kerana setiap individu punyai masa trading tersendiri, kekangan modal tersendiri, sifat tamak tersendiri, sifat takut tersendiri dan lain2 faktor tersendiri. jadi, tidak heran jika sesuatu sistem itu berkesan bg org lain, belum tentu berkesan utk kita
-jika yakin dengan trading skill yg dah ada, cuba masuk pertandingan trading demo account. jika beruntung, dapat menangi hadiah wang tunai utk buat modal trade
-pengurusan masa sangat penting lagi2 anda ialah student, pastikan priority diberi kepada study. focus kpd mana yg utama dulu mengikut masa yg ada
tq