BTC USD 84,071.1 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salahkah bercinta dengan suami orang?

Mungkin hubungan dia ngan keluarga tak seerat/semesra ngan suami orang tu. Anak dara lar katakan, takde pengalaman dimainkan hatinya, tentulah terlebih emosi biologinya daripada enzim aqalnya kat kepala tuh. Suami orang tu lak, dah memang sifat tipikal lelaki nak mengawan seramai yg boleh tapi bila dah dapat satu, aqalnya cuba pula mengintai yang seterusnnya :D

reason tak rapat ngan famili tu tak boleh diterima pakai. yerla kan bila dah besar semua nak ikut kepala sndiri. cakap mak bapak tolak tepi. padahal yg menjaganya dari tapak kaki besar ibu jari sampai tapak kaki dah gedabak tu ibu ayahnya jgk. kawen ngan pilihan mak bapak pon bahagia jgk. lagi bahagia kot aku rasa. berkat hidup kalau patuh perintah org tua. yg suh kita kawen ikut plihan kita tu sbnrnya nafsu kita jer. akal kadang2 tak berpijak pun kat bumi nyata. tapi kalo famili trima pilihan kita, tu lagi la afdal dan terbaik. heh.
 
Lelaki suka nie... :))
 
SAYA gadis berusia 25 dan empat tahun menjalin hubungan cinta dengan suami orang. Dia baik, bertanggungjawab dan penyayang. Mengenalinya adalah anugerah terindah daripada Tuhan untuk saya.

Dia berusia 38 dan ini bermakna perbezaan usia kami 13 tahun. Namun itu bukan penghalang kami bercinta. Selama setahun, percintaan kami penuh rahsia tanpa pengetahuan isterinya dan keluarga saya, tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya hubungan kami dihidu isterinya.


Pada mulanya si isteri nasihatkan saya supaya tinggalkan suaminya tapi saya dan suaminya bertekad tidak akan berpisah. Melihat keadaan itu, ditambah lagi dengan hubungan kami yang langsung tak terganggu dengan nasihat dan ugutannya, dia memberitahu keluarga saya.

Sejak itu bermula kisah sedih dalam keluarga saya, terutama emak saya, kerana selama ini saya memperkenalkan teman lelaki itu sebagai duda. Bila tahu perkara sebenar, emak marah dan kecewa kerana dia hendak sangat saya berkahwin.

Apabila mengetahui teman lelaki saya suami orang, emak melarang saya meneruskan hubungan tapi saya teruskan juga atas dasar cinta yang mendalam. Sejak itu hubungan saya dan emak renggang.

Sepanjang dua tahun lalu, keadaan itu berlarutan manakala saya dan teman lelaki semakin hari semakin rapat. Akhirnya, isteri teman lelaki saya mengalah dan membenarkan saya berkahwin dengan suaminya.

Bagaimanapun, dia yang ketika ini hamil meminta kami menunggu sehingga dia selamat melahirkan anak pada hujung tahun ini sebelum bersetuju menandatangani surat kebenaran poligami.

Emak yang sudah tidak kuasa dengan kedegilan saya turut memberi kebenaran saya berkahwin dengan teman lelaki tapi memberitahu selepas berkahwin, hubungan saya dengan keluarga akan putus.

Kata emak lagi, saya hanya akan dinikahkan di masjid dan berwalikan adik saya kerana abah tidak suka pilihan saya. Saya berusaha memujuk emak supaya memberi peluang pada saya merasakan kemeriahan perkahwinan seperti orang lain, memandangkan saya akan dibuang keluarga selepas itu.

Kebelakangan ini emak seakan-akan boleh menerima pujukan saya, tapi masih belum ada kata putus lagi. Kini, saya dalam ketakutan dan dilema.

Saya takut jika isteri teman lelaki saya tidak memberi kebenaran poligami sebagaimana dijanjikannya dan saya sedih bila mengenangkan bila bergelar isteri kelak saya akan dibuang keluarga.

Ini semua disebabkan saya mencintai suami orang. Sering saya tertanya-tanya, besar sangat ke dosa saya apabila dengan rela hati menerima jodoh Tuhan ini? Berdosakah saya berkahwin dengan suami orang, sedangkan Islam membenarkannya?

Apa harus saya lakukan sekarang, Dang Setia? Saya tak tahu bagaimana keadaan saya hujung tahun ini. Adakah saya akan berkahwin dengan meriah dan direstui keluarga atau terpaksa ke Indonesia untuk berkahwin lari kerana suami saya gagal dapat kebenaran daripada isterinya?

Untuk makluman, saya sudah tiga kali dikecewakan lelaki, jadi saya tak sanggup lagi kehilangan kasih sayang untuk sekian kalinya.



NOR

jangan la Nor...ramai lagi yg bujang...cian kat bini dia..cian kat anak2 diorang...walaupun poligami dibenarkan...tetap perlu persetujuan dan kesediaan isteri pertama beb...kalau tak..madu leh jadi racun tau...so semua muka biru nanti...

kesedapan yg setengah jam takkan nak diytukar ganti dgn sengsara, torture seumur hidup???

itu belum lagi campurtangan family belah laki..belah bini pertama..dan family Nor sendiri??

belum lagi reaksi anak2 yg semakin membesar??

belum lagi itu ini...

kalau nak poligami pun..kena la bersebab...yg bersebab pon susah..lagikan jika hanya didasarkan kepada cinta yg bersifat sementara??

nak berlaki bini..apatah lagi berlakikan suami orang bukan perkara sehari dua..ianya 100% lifetime commitment...

Nemo tu bujang lagi...kalau nak pilihan lain..Alonso lagi mantap...kepuasan maksima adalah jaminan...hihihihihi:))
 
Lelaki suka nie... :))

Memang ler, menikahi dara umpama satu tropi kemenangan seorang lelaki terutamanya suami orang :D kerana jeratnya sudah mengena. It's an honour :)paid
 
Memang ler, menikahi dara umpama satu tropi kemenangan seorang lelaki terutamanya suami orang :D kerana jeratnya sudah mengena. It's an honour :)paid

manaleh cakap camtu...bukan jerat..tapi membina masjid...
kan digalakkan...:D
 
manaleh cakap camtu...bukan jerat..tapi membina masjid...
kan digalakkan...:D

lain suami orang lain matlamat dia, ada yg nak bina masjid, ada yang nak bina istana hinggap ada nak bina neraka melebihi level 7 :D tapi nawaitunya sama jer :)paid , anak dara :))
 
lain suami orang lain matlamat dia, ada yg nak bina masjid, ada yang nak bina istana hinggap ada nak bina neraka melebihi level 7 :D tapi nawaitunya sama jer :)paid , anak dara :))

ala..janji nikahlah...kan sah...buat apa2 pun...
sila rujuk ke thread...David untuk keterangan lanjut...:D
 
oklah, aku nak citer skit, bercinta/kahwin anak dara menjadikan kita para suami kembali seperti zaman muda-muda dulu. Ini adalah hakikat yan mana orang dah buat jer yg lebih maklum.

Apabila anak dara sudah terkena jerat cinta kita, fizikal dan mental kita akan cuba match dengan si anak dara tadi. Maka berlakulah transformasi pada diri kita yang akan dikesan oleh isteri kita. Isteri kita memang sensitif pasal benda ni tapi aqal kita masih boleh mencari alasan utk cover-up bergantung sebanyak mana kita study cara nak mengelat :))
Namun apabila anak dara dah tak tahan dari segi biologinya mintak dinikahi, you have many options, ada yang baik ada yang tidak, its up to you :D
 
sama seperti di atas..
 
Back
Top
Log in Register