BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salah guna FB berleluasa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SEKINCHAN – Golongan yang sering memuat naik gambar pada media sosial seperti Facebook diingatkan supaya lebih beretika supaya tidak menyebarkan gambar berunsur hasutan atau fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, penyebaran gambar dengan tujuan menghasut tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Menurutnya, kepakaran dan teknologi pada hari ini sememangnya sukar dikawal, namun individu itu sendiri seharusnya bijak menapis segala maklumat supaya sensitiviti rakyat pelbagai kaum di negara ini terus dihormati.

“Gambar boleh membawa pelbagai maksud berdasarkan penglihatan seseorang itu. Kalau gambar dihantar itu boleh mencetuskan isu perkauman hal inilah seharusnya dibendung,” katanya pada Program Perasmian Pertandingan Persatuan Foto Cina Malaysia di Pantai Redang, di sini.

Suee Lim memuji usaha yang dilakukan Persatuan Foto Cina Malaysia mengadakan pertandingan jurufoto yang memberi fokus pemandangan persekitaran menarik untuk dilawati.

Beliau berkata, peranan jurufoto amat penting terutama dalam membantu mempromosi sesebuah kawasan pelancongan supaya ia dapat dilawati pengunjung.

“Pada masa ini kita lihat ramai jurufoto ibarat seperti cendawan tumbuh lepas hujan. Ada dalam kalangan mereka yang menjadi jurufoto untuk jana pendapatan selain ada juga kongsi hobi.

“Dulu mungkin memiliki sebuah kamera memerlukan modal besar, tapi kecanggihan teknologi mereka boleh merakamkan apa jua peristiwa dan detik indah menerusi telefon bimbit,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/salah-guna-fb-berleluasa-1.345947
 
nak buat camne.. dunia tanpa sempadan, teknologi merentasi masa
 
ini lah zaman fitnah berleluasa.
samada kita join atau kita elok dari join atau tak sengaja join fitnah.
 
ini lah zaman fitnah berleluasa.
samada kita join atau kita elok dari join atau tak sengaja join fitnah.
 
entah lah kadang2 orang yang membuat lansung tak fikir kesan atas perbuatan mereka2 cerita dorang
 
Back
Top
Log in Register